BIASISWA SABAH : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN (BKNS) 2026
Impian melanjutkan pengajian ke IPT kini lebih mudah dicapai dengan adanya Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Program ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah membuka peluang kepada anak Sabah untuk melangkah lebih jauh dalam pendidikan.
Dengan pelbagai jenis tajaan yang ditawarkan, setiap pelajar berpeluang mencari laluan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing. Kalau anda anak Sabah yang bercita-cita tinggi, ini peluang yang patut direbut.
BACA JUGA: BANTUAN PENDAFTARAN IPT SABAH (BUDI) 2026
APA ITU BIASISWA SABAH (BKNS)?
Biasiswa Sabah atau Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah merupakan tajaan pendidikan khas untuk anak negeri Sabah yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Permohonan dibuat melalui portal rasmi Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) yang berfungsi sebagai platform bersepadu bagi penyelarasan bantuan pendidikan.
PTPS juga merupakan inisiatif di bawah agenda Sabah Maju Jaya untuk memperkasa akses pendidikan tinggi kepada rakyat Sabah.

JENIS TAJAAN BIASISWA SABAH YANG DITAWARKAN
Beberapa jenis biasiswa disediakan mengikut tahap dan kecemerlangan akademik:
- Anugerah Biasiswa Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (Sarjana Muda)
- Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana Muda)
- Biasiswa Perdana (Diploma, Sarjana Muda, Sarjana & Perubatan)
Setiap kategori mempunyai kriteria tersendiri berdasarkan pencapaian akademik pemohon.
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA MENGIKUT KATEGORI TAJAAN
Berikut adalah perincian syarat kelayakan biasiswa mengikut kategori tajaan mengikut pencapaian akademik pemohon yang berminat:
- Anugerah Biasiswa TYT Sabah
- Minimum 9A dalam SPM termasuk Bahasa Melayu
- PNGK/CGPA 4.0 di peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah
- Lulus STPM dengan CGPA 4.0
- Dicapai dalam satu kali peperiksaan atau setaraf
- Biasiswa Perdana
- a) Diploma
-Minimum 5 kredit SPM termasuk Bahasa Melayu
-Lulus Bahasa Inggeris (jika kursus guna BI) - b) Sarjana Muda
-CGPA minimum 3.0 (Diploma/STPM/Matrikulasi/Asasi)
-STAM sekurang-kurangnya Jayyid - c) Sarjana
-CGPA minimum 3.5 di peringkat Ijazah - d) Perubatan / Pergigian / Farmasi
-CGPA minimum 3.8
-Pengajian di IPT dalam negara sahaja
- a) Diploma

APA BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN?
Biasiswa ini merangkumi pelbagai bidang utama seperti:
- STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik)
- Sastera Ikhtisas
- Sains Sosial
- Sains Gunaan
Pemohon boleh memilih bidang mengikut minat dan kelayakan akademik masing-masing.
BERAPA HAD UMUR PERMOHONAN BKNS?
Kelayakan umur adalah seperti berikut:
- Diploma: sehingga 20 tahun
- Sarjana Muda: sehingga 25 tahun
- Sarjana: sehingga 28 tahun

BIASISWA SABAH PERMOHONAN
Permohonan dibuka mulai 20 April 2026 dan perlu dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi:
👉 https://ptps.sabah.gov.my
Langkah permohonan:
- Daftar akaun menggunakan e-mel aktif
- Log masuk ke sistem PTPS: https://ptps.sabah.gov.my
- Isi maklumat peribadi dan akademik
- Muat naik dokumen berkaitan
- Hantar permohonan
Pastikan semua maklumat lengkap dan tepat untuk mengelakkan permohonan ditolak.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Bergantung kepada jenis tajaan, sesetengah biasiswa meliputi yuran dan elaun.
Ya, tetapi tertakluk kepada syarat dan kelayakan setiap kategori.
Tempoh bergantung kepada proses semakan dan jumlah permohonan.
Sesetengah kategori mungkin memerlukan sesi temuduga.
Ya, jika memenuhi syarat yang ditetapkan.
Kebiasaannya akademik menjadi faktor utama, tetapi aspek lain juga boleh diambil kira.
Tidak, ia bukan pinjaman.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Biasiswa Sabah ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Bahagian Biasiswa Negeri, Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu.
- Tel: 088-368600, 088 -368676
- Emel: bkns. [email protected]