BAYARAN SARA ONE OFF 2026 : BANTUAN DALAM MYKAD MULA DISALURKAN BERMULA FEBRUARI

BAYARAN SARA ONE OFF 2026 : BANTUAN DALAM MYKAD MULA DISALURKAN BERMULA FEBRUARI

Bayaran SARA One Off 2026 merupakan inisiatif khas kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di premis terpilih.

Pelaksanaan bantuan ini bermula pada Februari 2026 dan disasarkan kepada golongan dewasa yang layak tanpa perlu membuat permohonan baharu.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA ITU SARA ONE-OFF 2026?

SARA One Off 2026 ialah bantuan berbentuk kredit tanpa tunai yang disalurkan terus ke MyKad penerima. Bagi tahun 2026, kerajaan memperkenalkan bayaran khas sebanyak RM100 secara sekali bayar sebagai sokongan tambahan kepada rakyat dewasa yang layak. Antara ciri utama bantuan ini ialah:

  • Kredit RM100 dimasukkan terus ke MyKad
  • Termasuk dalam pakej bantuan kos sara hidup Bajet 2026
  • Digunakan khusus untuk pembelian barangan asas
  • Sah digunakan di premis berdaftar sahaja

Kaedah ini membantu memastikan bantuan digunakan untuk keperluan harian.

APA ITU SARA ONE-OFF 2026

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026 ONE OFF

Secara umum, bantuan ini terbuka kepada rakyat Malaysia dewasa tanpa mengira latar belakang pendapatan. Syarat kelayakan utama ialah:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Tiada had pendapatan atau status pekerjaan.

*Penentuan kelayakan dibuat berdasarkan rekod rasmi kerajaan.

BAGAIMANA SARA ONE OFF 2026 DIMOHON?

Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan ini kerana ia diberikan secara automatik. Walau bagaimanapun, penerima digalakkan memastikan:

  • Maklumat peribadi adalah tepat
  • Rekod STR sentiasa dikemaskini
  • Status MyKad dalam keadaan baik
  • Perubahan maklumat dikemaskini segera

BILA TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 DIKREDITKAN?

Kerajaan telah menetapkan jadual bayaran bantuan SARA One Off bagi tahun 2026 seperti berikut:

📌 SARA Bulanan
▶️ Bermula: 9 Januari 2026

📌 SARA One Off (Bayaran Sekali Sahaja)
▶️ Bermula: 9 Februari 2026

BILA TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 DIKREDITKAN

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2026

Semakan status bayaran SARA One Off 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui:

  • Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
  • Laman SARA: sara.gov.my
  • Hotline:
    • STR: 1-800-88-2747
    • MyKasih: 03-7720 1800

Langkah semakan lengkap bayaran SARA One Off 2026 seperti di bawah:

SARA ONE OFF 2026 SEMAKAN BAYARAN MELALUI PORTAL MYSTR (UNTUK PENERIMA STR)

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2026

SARA ONE OFF 2026 SEMAKAN BAYARAN MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran SARA 2026
    • Semak baki bantuan
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2026

SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Pengguna juga boleh membuat semakan melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Syarat utama ialah memiliki akaun MyDigital ID yang aktif. Panduan ringkas:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bayaran SARA One Off 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI BAYARAN ONE OFF SARA 2026?

Baki kredit SARA 2026 boleh disemak melalui beberapa kaedah:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA akan dipaparkan
BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

PEMBELIAN BARANG SARA GUNA MYKAD

Kredit SARA One Off 2026 hanya boleh digunakan di premis yang berdaftar dengan Program MyKasih. Langkah pembelian adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
PEMBELIAN BARANG SARA GUNA MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah keluarkan kredit dalam bentuk tunai?

Tidak. Kredit hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan yang diluluskan.

Jika MyKad rosak, apa perlu buat?

Segera buat penggantian di JPN.

Bolehkah guna kredit di semua kedai?

Tidak. Hanya di premis MyKasih berdaftar.

Bagaimana jika baki tidak digunakan?

Baki yang tidak digunakan mungkin luput mengikut tempoh ditetapkan.

Perlu simpan resit pembelian?

Digalakkan untuk rujukan dan semakan baki.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bayaran SARA One Off 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment