BANTUAN TAMBAHAN 100 DALAM MYKAD : SEMAK ONLINE STATUS PENERIMA 2025

BANTUAN TAMBAHAN 100 DALAM MYKAD : SEMAK ONLINE STATUS PENERIMA 2025

Kerajaan meneruskan komitmen membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif sokongan kewangan, termasuk Bantuan Tambahan RM100 yang disalurkan terus ke dalam MyKad. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada langkah prihatin kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Dalam satu pengumuman rasmi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyatakan penghargaan yang tinggi terhadap ketabahan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Penghargaan ini dizahirkan melalui bantuan tunai tambahan yang diberikan secara automatik terus ke dalam MyKad penerima melalui platform MyKasih.

Bagaimanakah cara membuat semakan status penerima bantuan tambahan 100 dalam MyKad? Ikuti kupasan penuh info terkini yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN ONE-OFF RM100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD

Semua individu dewasa layak menerima bantuan ini. Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD

  • Setiap individu berumur 18 tahun ke atas layak menerima bantuan tambahan RM100 dalam MyKad mereka tanpa mengira kategori – sama ada isi rumah, warga emas dan bujang.
  • Bagi individu di bawah tanggungan isi rumah, mereka yang berumur 18 tahun ke atas tetap akan menerima bantuan RM100 setiap seorang.
  • Sebagai contoh: Suami (RM100), Isteri (RM100), Anak yang masih belajar di IPT (RM100)

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN 100

Pembayaran RM100 untuk bantuan tambahan akan mula diagihkan seperti butiran berikut:

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN 100
  • Bermula 31 OGOS 2025
    • Penerima bantuan yang layak boleh membuat pembelian barangan asas menggunakan MyKad sehingga tarikh luput bantuan pada 31 Disember 2025.

CARA GUNA BANTUAN TAMBAHAN

Penerima bantuan boleh mengikuti langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk menggunakan bantuan tambahan yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN 100 DALAM MYKAD

Untuk mengetahui kelayakan atau status bantuan, penerima boleh membuat semakan online menerusi 2 laman rasmi yang telah disediakan. Berikut ialah langkah-langkah lengkapnya:

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

LOGIN SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN 100 DALAM MYKAD
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN 100 DALAM MYKAD
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan Tambahan 100 Dalam MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment