BANTUAN STR FASA 2 : (2026) SEMAK TARIKH & AMAUN BAYARAN BAGI PENERIMA YANG LAYAK

BANTUAN STR FASA 2 : (2026) SEMAK TARIKH & AMAUN BAYARAN BAGI PENERIMA YANG LAYAK

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan inisiatif bantuan kewangan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan yang memerlukan menghadapi kos sara hidup. Untuk bantuan STR Fasa 2, penerima yang layak perlu membuat semakan status serta mengikuti pengumuman rasmi bagi mengetahui tarikh bayaran dan jumlah bantuan yang bakal diterima. Sistem agihan dibuat secara berperingkat supaya proses penyaluran lebih teratur dan menyeluruh.

Info terkini telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN STR 2026?

Kelayakan bantuan STR 2026 masih berpandukan syarat asas sedia ada dengan penambahbaikan berkala bagi memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasaran. Antara syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Makluman: Kategori bujang yang memenuhi syarat akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan terpilih.

BILA TARIKH BANTUAN STR FASA 2 DIKREDITKAN?

Bantuan STR Fasa 2 telah dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac 2026. Berikut perinciannya:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA TARIKH BANTUAN STR FASA 2 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 DISALURKAN?

Jumlah Bantuan STR Fasa 2 2026 adalah antara RM100-RM600 bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing yang telah ditetapkan. Rujuk jadual bayaran di bawah:

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 DISALURKAN
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 DISALURKAN

CARA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 DIAGIHKAN

Bantuan disalurkan melalui saluran yang ditetapkan mengikut jenis penerima bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan selamat. Berikut butirannya:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS FASA 2 BANTUAN STR?

Status bayaran boleh disemak melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my di bawah seliaan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Berikut langkah lengkap semakan:

SEMAK BANTUAN STR FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS FASA 2 BANTUAN STR

SEMAK BANTUAN STR FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi rasmi kerajaan dengan syarat pengguna mempunyai akaun pengesahan digital aktif.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan STR Fasa 2 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS FASA 2 BANTUAN STR

AKAUN MYSTR DAFTAR ONLINE

Pemohon baru dan penerima sedia ada digalakkan mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan, semakan serta kemas kini maklumat. Berikut cara untuk pendaftaran:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
AKAUN MYSTR DAFTAR ONLINE

STR 2026 PERMOHONAN BARU

Permohonan baharu dibuka sepanjang tahun. Pemohon perlu memastikan semua maklumat diisi lengkap dan tepat bagi melancarkan proses penilaian kelayakan.

  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
STR 2026 PERMOHONAN BARU

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

KEMASKINI MAKLUMAT DI PORTAL MYSTR

Pengemaskinian penting jika terdapat perubahan pendapatan, status perkahwinan atau maklumat bank bagi mengelakkan kelewatan bayaran. Ikuti langkah di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT DI PORTAL MYSTR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua penerima STR akan terima Fasa 2?

Hanya penerima yang masih memenuhi syarat kelayakan semasa akan menerima bayaran.

Perlu mohon semula untuk Fasa 2?

Tidak perlu jika masih layak dan maklumat masih sah.

Jika status masih tiada rekod?

Pemohon disaran semak semula maklumat atau tunggu kemas kini sistem.

Jika maklumat salah, apa perlu buat?

Kemaskini segera melalui portal rasmi bagi mengelakkan masalah bayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan STR Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment