BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (SKAS)

BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (SKAS)

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan khas seperti SKAS 2026 menjadi antara sokongan penting untuk rakyat Sarawak. Ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka tersenarai sebagai penerima atau sebaliknya.

Dengan sistem semakan yang kini lebih mudah dan pantas, anda boleh ketahui status hanya dalam beberapa langkah sahaja.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA ITU BANTUAN KHAS SARAWAK 2026?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 ialah bantuan tunai khas yang diberikan kepada penduduk Sarawak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Tujuan utamanya adalah untuk membantu meringankan beban kos kehidupan harian serta memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

APA ITU BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

BANTUAN KHAS SARAWAK KELAYAKAN

Untuk layak menerima bantuan ini, individu perlu memenuhi beberapa syarat asas yang ditetapkan. Berikut syarat-syaratnya:

SYARAT UTAMA

  • Semua Kategori Pemegang Kad Pengenalan “K” Sarawak, tinggal di Sarawak.
  • Maklumat penerima diambil berdasarkan data STR yang dikemaskini.

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

  • Isi Rumah
    • Berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/duda yang mempunyai tanggungan.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau di bawah.
    • Tiada had umur.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • 60 tahun ke atas.
    • Tiada pasangan atau anak.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau di bawah.
  • Bujang
    • Tidak mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
    • Umur 21-59 tahun; OKU yang berumur 19 tahun dan ke atas termasuk dalam kategori ini.
BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 KELAYAKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 (SKAS)?

Tahun 2026 menyaksikan peningkatan kadar bantuan bagi kategori utama penerima. Berikut kadar terkini:

  • Isi Rumah: RM1,100 (naik RM150)
  • Warga Emas: RM600 (naik RM100)
  • Individu Bujang: RM375 (naik RM75)

Kenaikan ini bertujuan memberi sokongan lebih baik dalam menghadapi kos sara hidup semasa.

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3
ISI RUMAHRM 316RM 424RM 360
WARGA EMASRM 166RM 234RM 200
BUJANGRM 100RM 150RM 125
BERAPA JUMLAH BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 (SKAS)

BILA TARIKH BANTUAN KHAS SARAWAK FASA 2?

Bayaran bantuan akan disalurkan secara berperingkat dalam tiga fasa sepanjang tahun 2026. Bagi Fasa 2, tarikh pengkreditan telah diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak seperti butiran di bawah:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 110 Mac 2026
FASA 215 Mei 2026
FASA 310 November 2026
BILA TARIKH BANTUAN KHAS SARAWAK FASA 2

BAGAIMANA BANTUAN SKAS DISALURKAN?

Bantuan akan dikreditkan secara digital untuk memastikan proses agihan lebih mudah dan selamat. Pastikan aplikasi SPay Global sentiasa aktif agar anda boleh menerima dan menyemak bayaran tanpa sebarang masalah.

BAGAIMANA BANTUAN SKAS DISALURKAN

BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 SEMAKAN STATUS

Semakan status boleh dibuat secara online melalui laman rasmi kerajaan Sarawak menggunakan Sarawak ID dan nombor MyKad. Langkah mudah:

  1. Layari laman web https://sarawak.gov.my
  2. Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun SarawakID yang sah.
  3. Log masuk menggunakan akaun SarawakID anda dan klik Next.
  4. Klik My Individual Account.
  5. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  6. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026.
BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 SEMAKAN STATUS

BANTUAN KHAS SARAWAK CARA MOHON & RAYUAN

Bagi tahun 2026, tiada permohonan baharu dibuka kerana data penerima adalah berdasarkan rekod STR terdahulu. Namun, individu yang mengalami perubahan status atau tidak tersenarai boleh menunggu pengumuman rasmi berkaitan rayuan.

Semua urusan berkaitan SKAS memerlukan akaun SarawakPass. Jika belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh membuat semakan atau mengakses maklumat bantuan.

  1. Layari Portal Rasmi SarawakPass: https://sarawakpass.sarawak.gov.my/register
  2. Pilih Daftar Akaun Baharu
    • Klik Register / Sign Up untuk akaun baharu.
  3. Isi Maklumat Peribadi
    • Masukkan maklumat seperti:
      • Nama penuh
      • Nombor Kad Pengenalan / MyKad
      • Tarikh lahir
      • Emel dan nombor telefon
  4. Buat Pengesahan
    • Sahkan identiti anda melalui kod OTP yang dihantar ke emel atau telefon.
  5. Tetapkan Kata Laluan
    • Pilih kata laluan yang selamat untuk akaun anda.
  6. Log Masuk
    • Selepas pendaftaran berjaya, log masuk ke akaun SarawakPass untuk mula menggunakan perkhidmatan termasuk permohonan SKAS.
SARAWAKPASS

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah SKAS diberikan setiap bulan?

Tidak, bayaran dibuat mengikut fasa yang ditetapkan sepanjang tahun.

Boleh ke buat semakan tanpa log masuk?

Tidak, semakan memerlukan akaun dan pengesahan identiti.

Adakah semua pemohon lama akan terima bantuan?

Kelayakan masih tertakluk kepada semakan semasa.

Perlu ke kemas kini maklumat setiap tahun?

Digalakkan jika terdapat perubahan maklumat peribadi atau kewangan.

Boleh ke tukar kategori penerima?

Kategori ditentukan berdasarkan maklumat semasa dan tidak boleh ditukar sesuka hati.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Khas Sarawak 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment