BANTUAN KEWANGAN ORANG KURANG UPAYA (BKOKU) & PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK) TAHUN 2026 DIBUKA
Kerajaan meneruskan komitmen menyokong pendidikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi tahun 2026. Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sekali gus memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih inklusif dan berterusan.

BACA JUGA: BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) RM200 SEBULAN
APA ITU BANTUAN KEWANGAN ORANG KURANG UPAYA (BKOKU) 2026?
BKOKU merupakan inisiatif bantuan kewangan pendidikan yang disediakan khusus untuk pelajar OKU bagi membantu kos pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Program ini memberi tumpuan kepada usaha memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di universiti awam, IPT swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah seliaan KPT.
SKOP PEMBIAYAAN BKOKU
Pembiayaan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) adalah tertakluk kepada skop berikut:
- Institusi pengajian yang berada di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Meliputi Universiti Awam (UA), IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Peringkat pengajian diploma dan ke atas.
- Kursus sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti di bawah KPT boleh dipertimbangkan.
- Pengajian di institusi latihan bukan bertaraf IPT dan institusi luar negara tidak termasuk dalam skop pembiayaan.
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN ORANG KURANG UPAYA?
Pemohon BKOKU perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memiliki Kad OKU.
- Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Sedang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Politeknik atau Kolej Komuniti di bawah KPT.
- Pelajar sepenuh masa, separuh masa atau pengajian jarak jauh layak memohon.
- Pelajar yang membiayai sendiri pengajian atau menerima pinjaman pendidikan layak memohon.
- Pelajar yang menerima biasiswa lain tidak layak menerima BKOKU.
- Bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh atau separa).
- Sebarang pertukaran institusi pengajian perlu dimaklumkan secara bertulis kepada pihak berkaitan.
- Pelanjutan tempoh pengajian tidak layak menerima lanjutan bantuan.
BERAPA JUMLAH BKOKU YANG DISALURKAN?
Kadar bantuan kewangan di bawah Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya adalah:
- RM3,100 bagi setiap semester.
- Tempoh satu semester bersamaan 6 bulan.
- Kadar adalah sama bagi semua mod, peringkat dan institusi pengajian yang layak.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK)
Program Pendidikan Khas (PPK) disediakan bagi menyokong pelajar OKU tertentu yang mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran khas di institusi terpilih. PPK bertujuan membantu dan memperluaskan peluang pembelajaran kepada pelajar OKU yang mengikuti Sijil Kemahiran Khas di Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih di bawah seliaan KPT.
SKOP PEMBIAYAAN PPK
- Terhad kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja.
- Melibatkan pengajian Sijil Kemahiran Khas.
- Tempoh penajaan sehingga 2 tahun.
SYARAT KELAYAKAN PPK
- Pelajar OKU yang mempunyai kod ketidakupayaan DD atau DE (pendengaran sahaja).
- Berdaftar di Kolej Komuniti atau Politeknik yang terlibat.
- Masih aktif mengikuti pengajian.

JUMLAH BANTUAN PPK
- RM4,260 bagi Semester 1.
- RM3,960 bagi Semester 2 hingga Semester 4.
BILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA?
Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi pelajar sedia ada dan pelajar baharu dibuat melalui Sistem Bantuan Orang Kurang Upaya (SisPO).
Tempoh permohonan seperti butiran berikut:
| TARIKH PERMOHONAN BKOKU & PKK |
|---|
| 6 Januari 2026 (10.00 pagi) hingga 6 Februari 2026 (11.59 malam) |
CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN ORANG KURANG UPAYA & PPK
Permohonan dibuat melalui Sistem Penajaan OKU (SisPO). Berikut adalah langkah ringkas untuk permohonan:
- Layari Portal Rasmi Sistem Penajaan OKU (SisPO): https://bkoku.mohe.gov.my/
- Klik “PERMOHONAN”
- Tekan “DAFTAR” bagi permohonan baru.
- Masukkan No. Kad Pengenalan untuk semakan maklumat OKU.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Dokumen sokongan perlu dimuat naik secara lengkap.
- Hanya invois asal perlu dimuat naik ke dalam sistem.

- Individu yang boleh buat permohonan adalah:
- Pelajar di IPTS
- Penyelaras institusi bagi:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Program Pendidikan Khas (PPK)
👉 Pelajar perlu menghubungi penyelaras di institusi masing-masing untuk membuat permohonan.
- Syarat akaun bank:
- Pelajar mesti menggunakan akaun bank atas nama sendiri
- Wajib akaun Bank Islam SAHAJA untuk permohonan BKOKU kecuali pelajar Universiti Awam (UA)
PERBANDINGAN BKOKU & PPK
Jadual berikut memberi gambaran lebih jelas perbandingan antara Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya & Program Pendidikan Khas untuk pemohon yang berminat:
| PERKARA | BKOKU | PPK |
|---|---|---|
| Sasaran | Pelajar OKU IPT | Pelajar OKU Sijil Kemahiran Khas |
| Institusi | UA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti | Kolej Komuniti & Politeknik terpilih |
| Peringkat Pengajian | Diploma & ke atas | Sijil Kemahiran Khas |
| Kategori OKU | Semua kategori OKU | Kod DD & DE (Pendengaran) |
| Jumlah Bantuan | RM3,100 / semester | RM4,260 (Sem 1) RM3,960 (Sem 2 – 4) |
| Tempoh Bantuan | Mengikut tempoh pengajian | Maksimum 2 tahun |
SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, bantuan ini biasanya dibuka setiap tahun tertakluk kepada peruntukan semasa kerajaan.
Ya, pelajar separuh masa dan pengajian jarak jauh layak dipertimbangkan.
Ya, pelajar yang menerima pinjaman pendidikan masih layak memohon BKOKU.
Tidak, pelajar yang menerima biasiswa khas atas faktor OKU tidak layak menerima BKOKU.
Bayaran dibuat mengikut semester sepanjang tempoh pengajian yang diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Sistem Penajaan OKU (SisPO): https://bkoku.mohe.gov.my/
- E-mel Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Politeknik & Kolej Komuniti: [email protected]
- E-mel Universiti Awam: [email protected]