BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA RM200 DALAM MYKAD

BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA RM200 DALAM MYKAD

Bantuan Barangan Dapur 2026 melalui program SARA MyKasih menjadi salah satu inisiatif penting kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia disalurkan secara tanpa tunai terus ke dalam MyKad penerima untuk pembelian keperluan asas.

Semakan kelayakan dan status bayaran boleh dibuat dengan mudah secara online. Pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati bantuan ini.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026?

Kelayakan Bantuan Barangan Dapur 2026 berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 DISALURKAN?

Bayaran bantuan dibuat mengikut jadual rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan.Secara umumnya:

  • Dikreditkan pada awal setiap bulan
  • Disalurkan terus ke dalam MyKad penerima

Bayaran 2026 telah bermula mengikut tarikh yang ditetapkan seperti butiran berikut:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang

BERAPA JUMLAH BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 DIAGIHKAN?

Jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan:

Minimum: RM50 sebulan
Maksimum: RM200 sebulan

Amaun sebenar bergantung kepada kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang.

BERAPA JUMLAH BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA JUMLAH BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 SEMAKAN STATUS

Semakan status penerima Bantuan Barangan Dapur 2026 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi berikut:

  • Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal SARA: sara.gov.my
  • Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui:
    • Hotline STR: 1-800-88-2747
    • MyKasih: 03-7720 1800

Langkah semakan:

SEMAKAN BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA MyKasih 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan SARA dalam IC
BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 SEMAKAN STATUS

BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain laman web, semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi MyGOV Malaysia.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Bantuan Barangan Dapur Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BAGAIMANA CARA CHECK BAKI KREDIT BANTUAN?

Penerima boleh menyemak baki bantuan melalui saluran rasmi seperti:

  • Check baki Bantuan Barangan Dapur melalui Aplikasi
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
BAGAIMANA CARA CHECK BAKI KREDIT BANTUAN
  • Check baki melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Check baki di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Check baki Bantuan Barangan Dapur melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

LANGKAH TEBUS BANTUAN SARA GUNA MYKAD

Bantuan Barangan Dapur 2026 digunakan secara tanpa tunai menggunakan MyKad. Langkah pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH TEBUS BANTUAN SARA GUNA MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ)

Boleh keluarkan duit bantuan ini secara tunai?

Tidak, hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan terpilih.

Apa jadi jika tidak guna bantuan dalam tempoh tertentu?

Baki mungkin dibawa ke bulan seterusnya atau luput bergantung polisi semasa.

Boleh guna di semua kedai?

Tidak, hanya di kedai panel yang berdaftar sahaja.

Bagaimana jika MyKad rosak?

Perlu gantikan MyKad terlebih dahulu sebelum menggunakan bantuan.

Adakah bantuan ini berterusan setiap tahun?

Bergantung kepada dasar dan pengumuman kerajaan semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Barangan Dapur 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment