SARA BANTUAN 2026 : CHECK STATUS PENERIMA, JUMLAH BAYARAN & BAKI DALAM MYKAD

SARA BANTUAN 2026 : CHECK STATUS PENERIMA, JUMLAH BAYARAN & BAKI DALAM MYKAD

Bantuan SARA 2026 kini boleh disemak dengan lebih mudah secara online, termasuk jumlah bayaran dan baki kredit dalam MyKad. Sistem tanpa tunai ini memudahkan penerima membeli barangan keperluan tanpa perlu keluarkan wang fizikal.

Kalau anda penerima, penting untuk sentiasa semak status dan baki agar penggunaan bantuan lebih terancang.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT BANTUAN SARA 2026?

Antara syarat-syarat bantuan SARA adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 DIAGIHKAN?

Penerima yang layak akan menerima bantuan bulanan mengikut kategori masing-masing, dengan jumlah antara RM50 hingga RM200 sebulan. Jumlah ini bergantung kepada kelayakan yang telah disahkan dalam sistem.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

BILA TARIKH BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN?

Bayaran SARA dilaksanakan mengikut jadual rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan. Kebiasaannya, kredit bantuan akan dimasukkan terus ke MyKad pada setiap awal bulan. Bagi tahun 2026, bayaran permulaan telah dilaksanakan mengikut jadual yang diumumkan seperti butiran berikut:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang

BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN STATUS

Semakan status penerima bantuan SARA 2026 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi di bawah seliaan Lembaga Hasil Dalam Negeri https://bantuantunai.hasil.gov.my serta laman rasmi SARA https://sara.gov.my.

  • Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi:
    • Hotline STR: 1-800-88-2747
    • Hotline MyKasih: 03-7720 1800

Langkah semakan status bantuan SARA 2026:

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA MyKasih 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan SARA dalam IC
BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN STATUS

BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain laman web, semakan juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi MyGOV Malaysia.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Bantuan SARA 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN

Baki kredit bantuan SARA 2026 boleh disemak melalui beberapa saluran rasmi seperti:

  • Semakan baki bantuan SARA 2026 melalui Aplikasi
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN
  • Semak baki SARA 2026 melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki SARA 2026 di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan baki bantuan SARA 2026 melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

BAGAIMANA CARA PEMBELIAN BANTUAN SARA GUNA MYKAD?

Bantuan SARA digunakan secara cashless menggunakan MyKad di kedai terpilih. Langkah pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA LANGKAH PEMBELIAN BANTUAN SARA GUNA MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ)

Boleh ke semak baki tanpa internet?

Boleh, melalui semakan di kaunter pembayaran terpilih.

Adakah jumlah bantuan sama setiap bulan?

Kebiasaannya sama, tetapi boleh berubah mengikut kategori.

Adakah bantuan ini boleh dipindahkan kepada orang lain?

Tidak, ia hanya untuk kegunaan pemilik MyKad.

Boleh ke keluarkan bantuan dalam bentuk tunai?

Tidak, bantuan ini hanya digunakan secara tanpa tunai.

Apa perlu buat jika MyKad rosak?

Perlu gantikan MyKad sebelum boleh menggunakan bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi SARA Bantuan 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment