BAUCAR KITA SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON BANTUAN RM600
Dalam usaha membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, salah satunya ialah Baucar Kita Selangor. Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah memberi peluang kepada penerima untuk mendapatkan barangan keperluan secara lebih mudah.
Kalau anda tinggal di Selangor, ini peluang yang tak patut dilepaskan. Semak sekarang, mungkin RM600 itu memang untuk anda.
BACA JUGA: BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026
APA ITU BAUCAR KITA SELANGOR?
Baucar Kita Selangor merupakan inisiatif bantuan khas oleh kerajaan negeri Selangor dalam bentuk baucar pembelian.
Ia bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan harian, selain merancakkan ekonomi tempatan melalui perbelanjaan di premis terpilih.

SYARAT KELAYAKAN BAUCAR KITA SELANGOR
Untuk melayakkan diri menerima Baucar Kita Selangor, pemohon mestilah:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Selangor
- Tergolong dalam kategori B40 atau M40
- Terjejas dengan peningkatan kos sara hidup
- Program ini menyasarkan individu atau isi rumah yang benar-benar memerlukan bantuan bagi mendapatkan barangan asas harian.
Nota: Syarat terperinci masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
BERAPA NILAI BAUCAR & SASARAN PENERIMA?
Setiap penerima akan menerima baucar bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM600 seorang.
Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.
Seramai 50,000 penerima disasarkan, terdiri daripada golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Bantuan ini khusus untuk penduduk Selangor yang memenuhi syarat kewangan serta menetap secara tetap di negeri tersebut.

BILA TARIKH AGIHAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026?
Agihan baucar dijangka bermula pada Jun 2026 bagi Fasa 1 (tarikh tepat akan diumumkan kelak).
Bantuan ini akan disalurkan secara bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan, iaitu dari Jun hingga November 2026 kepada penerima yang layak.
| TARIKH BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Jun 2026 | RM 100 |
| Julai 2026 | RM 100 |
| Ogos 2026 | RM 100 |
| September 2026 | RM 100 |
| Oktober 2026 | RM 100 |
| November 2026 | RM 100 |
Makluman: Tarikh sebenar agihan bantuan akan dikemaskini semula.
BAUCAR KITA SELANGOR PERMOHONAN
Buat masa ini, kaedah permohonan masih belum dibuka kepada orang ramai. Program ini baru sahaja diumumkan pada pertengahan April 2026.
Ada kemungkinan penerima akan dipilih secara automatik berdasarkan pangkalan data sedia ada (B40/M40) oleh pihak kerajaan negeri.
Orang ramai disarankan untuk menunggu pengumuman rasmi, yang dijangka sekitar Mei atau Jun 2026, sebelum agihan Fasa 1 bermula.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak, ia diberikan dalam bentuk baucar pembelian.
Tidak, hanya premis terpilih sahaja menerima baucar ini.
Bergantung kepada kaedah pelaksanaan, sama ada digital atau fizikal.
Tidak, ia bergantung kepada tempoh yang diumumkan oleh pihak berkuasa.
Biasanya ada saluran rayuan, tertakluk kepada pengumuman rasmi.
Bergantung kepada dasar semasa kerajaan negeri.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Baucar Kita Selangor ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui: