PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 : SEMAK KELAYAKAN & PANDUAN CARA MOHON ONLINE

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 : SEMAK KELAYAKAN & PANDUAN CARA MOHON ONLINE

Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2026 dibuka bagi memberi peluang kepada individu yang belum pernah memohon atau tidak lulus sebelum ini. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan adanya kemudahan permohonan secara dalam talian, proses menjadi lebih mudah dan cepat. Oleh itu, penting untuk memahami syarat kelayakan serta langkah permohonan dengan betul.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat Bantuan STR ini merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang berdasarkan maklumat semasa yang didaftarkan dalam sistem. Perinciannya seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Kategori Bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad.

BAGAIMANA CARA STR FASA 3 DIBAYAR?

Ada beberapa saluran yang disediakan mengikut jenis penerima bagi memastikan proses agihan berjalan lancar. Antara kaedah bayaran utama termasuk:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?

Tarikh bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan. Bayaran STR dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerajaan.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan seperti isi rumah, warga emas dan bujang. Bagi STR Fasa 3, jumlah sebenar masih belum diumumkan. Amaun bayaran ditentukan berdasarkan pendapatan serta bilangan tanggungan. Rujuk maklumat di bawah:

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

AKAUN MYSTR PENDAFTARAN

Semua pemohon baru dan penerima sedia ada dinasihatkan untuk mendaftar akaun MySTR secara online bagi memudahkan urusan berkaitan permohonan, semakan bayaran STR Fasa 3 serta kemas kini maklumat. Berikut langkah untuk pendaftaran:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
AKAUN MYSTR PENDAFTARAN

PERMOHONAN BARU STR FASA 3

Permohonan baru bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 3 kini dibuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan. Bagi yang belum pernah memohon, inilah peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan yang disediakan kerajaan.

PERMOHONAN BARU STR FASA 3
  • Permohonan baru STR Fasa 3 boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BARU STR FASA 3

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 3?

Semakan status permohonan baru dan bayaran STR Fasa 3 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi: bantuantunai.hasil.gov.my. Untuk pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian hotline rasmi STR 1-800-88-2747. Langkah semakan:

SEMAK STATUS STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan baru STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan baru STR Fasa 3 sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 3

SEMAK STATUS STR FASA 3 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan status permohonan baru STR Fasa 3 juga boleh dibuat melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Langkah-langkah:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Status Permohonan Baru STR Fasa 3 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan jadual bayaran STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 3

CARA MAKLUMAT STR DIKEMASKINI

Jika terdapat perubahan seperti pendapatan, status perkahwinan atau akaun bank, pengemaskinian maklumat perlu segera dilakukan. Langkah ini dapat mengelakkan kelewatan atau kegagalan bayaran pada fasa berikutnya. Ikuti cara pengemaskinian maklumat seperti di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA MAKLUMAT STR DIKEMASKINI

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapakah yang perlu membuat permohonan baharu STR?

Individu yang belum pernah memohon atau tidak lulus sebelum ini.

Adakah penerima lama perlu mohon semula?

Tidak, kecuali jika diminta mengemas kini maklumat.

Bolehkah permohonan dibuat tanpa akaun bank?

Boleh, tertakluk kepada kaedah bayaran alternatif.

Adakah bantuan ini melibatkan bayaran balik?

Tidak, ia adalah bantuan tanpa bayaran balik.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Baru STR Fasa 3 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment