PERMIT KHAS PETROL DIESEL : SYARAT & CARA PERMOHONAN

PERMIT KHAS PETROL DIESEL : SYARAT & CARA PERMOHONAN

Permit khas petrol diesel diperkenalkan sebagai satu mekanisme kawalan bagi memastikan penggunaan bahan api bersubsidi diagihkan secara lebih tersasar dan berkesan. Melalui sistem permit khas ini, pembelian bahan api dapat dipantau dengan lebih telus, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan subsidi serta memastikan bekalan mencukupi untuk golongan yang layak.

Artikel ini akan menghuraikan syarat, kategori kelayakan serta cara permohonan permit khas petrol diesel secara lengkap.

PERMIT KHAS PETROL DIESEL

BACA JUGA: BAYARAN BUDI MADANI 2026

APA ITU PERMIT KHAS PETROL DIESEL?

Permit khas petrol diesel merupakan kelulusan rasmi yang diberikan kepada individu atau syarikat tertentu untuk membeli bahan api diesel dalam kuantiti yang dikawal. Ia diwujudkan bagi memastikan penggunaan diesel bersubsidi hanya dinikmati oleh sektor yang benar-benar memerlukan seperti industri, pertanian dan pengangkutan tertentu.

APA ITU PERMIT KHAS PETROL DIESEL

Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, stesen minyak hanya boleh menjual petrol dan diesel kepada:

  • Kenderaan yang mengisi ke dalam tangki asal; atau
  • Individu/pihak yang mempunyai Permit Khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Jika ingin membeli bahan api untuk kegunaan lain (bukan isi tangki kenderaan), anda perlu mohon Permit Khas terlebih dahulu. Pembelian melalui Permit Khas hanya dibenarkan bagi kuantiti 20 liter ke atas.

APA ITU PERMIT KHAS PETROL DIESEL

KEPENTINGAN PERMIT KHAS PETROL DIESEL

Pelaksanaan permit khas ini memainkan peranan penting dalam pengurusan subsidi bahan api negara. Antara kepentingannya termasuk:

  • Mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan diesel bersubsidi
  • Memastikan bekalan diesel mencukupi untuk sektor kritikal
  • Mengawal pembelian secara lebih sistematik dan telus
  • Menyokong dasar penyasaran subsidi kerajaan
AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

Antara kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (melibatkan barangan kawalan) ialah:

  • Menyorok atau memusnahkan barang untuk mencipta kekurangan bekalan
  • Menyimpan barang dengan tujuan menyeleweng
  • Memiliki barang tanpa permit atau lesen yang sah
  • Menjual melebihi harga atau had yang ditetapkan
  • Meletakkan syarat jualan yang melanggar undang-undang
JENIS KESALAHAN BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN

SIAPA LAYAK MOHON PERMIT PETROL DIESEL?

Permohonan permit khas ini terbuka kepada pihak yang menggunakan diesel sebagai keperluan utama operasi. Antara yang layak termasuk:

  • Operasi forklift
  • Pengangkutan air
  • Penduduk pedalaman & pulau
  • Industri makanan
  • Aktiviti rekreasi air
  • Pertanian & penternakan
  • Bantuan kecemasan
  • Penyelenggaraan
  • Pelancongan
  • Pembinaan berskala kecil

Pemohon yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup boleh membeli petrol atau diesel menggunakan bekas seperti tong dram, tong plastik atau bekas sesuai yang selamat. Namun, pembelian mesti ikut syarat yang ditetapkan seperti kuantiti, lokasi stesen minyak, tempoh dan kekerapan yang telah diluluskan.

KATEGORI KELAYAKAN PERMIT KHAS

Kelayakan permit khas petrol diesel biasanya dibahagikan mengikut kategori penggunaan. Antara kategori utama termasuk:

KEGUNAANKETERANGANHAD KUANTITI
ForkliftKegunaan untuk menggerakkan forklift yang digunakan di dalam gudang & tidak dapat mengisi minyak di stesen minyak kerana tidak berdaftar dengan JPJ.Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
Pertanian & PenternakanKegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi aktiviti pertanian dan penternakan.Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
Pengusaha Industri MakananKegunaan untuk menggerakkan pekakas atau alatan untuk memproses makanan & minuman.Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
Penempatan Pedalaman & PulauKegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi keperluan harian penduduk kediaman atau fasiliti awam di kawasan pedalaman & pulau.Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian
Pengangkutan AirUntuk pergerakan menggunakan bot atau jentera air.≤ 100 liter sehari
≤ 200 liter sehari jika jarak melebihi 30km dari pemborong berlesen
Rekreasi AirKegunaan untuk aktiviti rekreasi air menggunakan peralatan bermotor.Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
PelanconganKegunaan dalam sektor pelancongan.Semenanjung Malaysia:
–Diesel: ≤ 1000 liter / hari
–Petrol: ≤ 1000 liter / hari

Sabah, Sarawak & Labuan:
–Diesel: ≤ 1000 liter / hari
–Petrol: ≤ 1000 liter / hari
PenyelenggaraanKegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi aktiviti penyelenggaraan & pembersihan.Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
Pembinaan Berskala KecilKegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi aktiviti Pembinaan Berskala Kecil.Semenanjung Malaysia:
–Diesel: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
–Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian


Sabah, Sarawak & Labuan:
–Diesel: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
–Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
Bantuan Kecemasan-Kegunaan untuk menggerakkan pekakas, jentera atau enjin bagi bantuan kecemasan jangka masa pendek.
-Permohonan tidak boleh diperbaharui. Jika perlu, pemohon perlu memohon baharu.
Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian

BAGAIMANA PERMIT KHAS PETROL DIESEL DIMOHON?

Permohonan permit khas boleh dibuat melalui saluran rasmi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Langkah umum permohonan adalah:

  1. Daftar akaun dalam sistem permohonan rasmi: https://spb.kpdn.gov.my/
  2. Isi maklumat perniagaan atau individu
  3. Nyatakan tujuan penggunaan diesel
  4. Sertakan dokumen sokongan berkaitan
  5. Hantar permohonan untuk semakan dan kelulusan

Permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan serta keperluan sebenar pemohon.

BAGAIMANA PERMIT KHAS PETROL DIESEL DIMOHON

Contoh Permit Khas yang akan diperolehi:

PERMIT KHAS

KUANTITI PEMBELIAN PETROL DIESEL YANG DIBENARKAN

Jumlah pembelian diesel melalui permit khas adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa. Kuantiti yang dibenarkan biasanya bergantung kepada:

  • Jenis aktiviti atau sektor
  • Skala operasi pemohon
  • Keperluan penggunaan harian atau bulanan
  • Had ini ditetapkan bagi memastikan penggunaan diesel kekal terkawal dan tidak disalahgunakan.
BARANG KAWALAN BERJADUALKUANTITI
Semua gred petrolMelebihi 20 liter
Semua gred bahan api dieselMelebihi 20 liter

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah permit khas petrol diesel ini perlu diperbaharui dari semasa ke semasa?

Ya, kebiasaannya permit mempunyai tempoh sah dan perlu diperbaharui mengikut syarat yang ditetapkan.

Bolehkah satu permit digunakan untuk lebih daripada satu lokasi operasi?

Ia bergantung kepada kelulusan dan skop yang diluluskan dalam permit tersebut.

Adakah semua permohonan akan diluluskan secara automatik?

Tidak, setiap permohonan akan melalui proses penilaian sebelum keputusan dibuat.

Bolehkah permit ditarik balik selepas diluluskan?

Ya, jika didapati melanggar syarat atau berlaku penyalahgunaan.

Bolehkah permohonan dibuat semula jika ditolak?

Ya, pemohon boleh membuat permohonan baharu selepas memperbaiki kekurangan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permit Khas Petrol Diesel ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Rasmi KPDN
  • WhatsApp: 019-848 8000
  • Portal e-Aduan KPDN: https://eaduan.kpdn.gov.my
  • Call Centre: 1-800-886-800
  • Aplikasi Telefon Pintar Ez Adu KPDN

Leave a Comment