BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS, JUMLAH KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN

BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS, JUMLAH KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN

Bayaran Bantuan STR Fasa 2 2026 menjadi antara perkara yang sering dinantikan oleh penerima bantuan kewangan kerajaan setiap tahun. Melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan menyalurkan bantuan tunai kepada golongan yang layak bagi membantu mereka mengurus kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagi memastikan penerima tidak terlepas maklumat penting, ikuti segala info penting yang telah disediakan.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN STR 2026?

Kelayakan bagi bantuan STR 2026 masih berpandukan kepada syarat asas yang telah ditetapkan sebelum ini, dengan beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara kriteria asas yang biasanya dinilai termasuk:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Sebagai makluman tambahan, kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2?

Bayaran bantuan STR Fasa 2 akan diawalkan dan dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac 2026. Berikut perinciannya:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

CARA BAYARAN FASA 2 BANTUAN STR

Bayaran bantuan STR Fasa 2 akan disalurkan melalui 2 kaedah yang telah ditetapkan bagi memastikan proses pembayaran berjalan dengan lancar serta selamat. Berikut butirannya:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BERAPA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 DIKREDITKAN?

Jumlah bayaran bagi bantuan STR Fasa 2 2026 adalah antara RM100-RM600 bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing serta had maksimum bantuan yang telah ditetapkan. Rujuk jadual bayaran di bawah:

BERAPA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 DIKREDITKAN
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 DIKREDITKAN

BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 SEMAKAN STATUS

Status bayaran bantuan boleh disemak secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan oleh pihak kerajaan. Penerima boleh membuat semakan melalui portal bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi talian hotline BKK di 1-800-88-2747 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Langkah semakan biasanya melibatkan proses berikut:

SEMAK BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK JUMLAH FASA 2 BANTUAN STR

SEMAK BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal dalam talian, semakan status STR juga boleh dilakukan melalui aplikasi rasmi kerajaan. Namun begitu, pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif sebelum boleh mengakses maklumat bantuan melalui aplikasi tersebut.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bayaran Bantuan STR Fasa 2 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 SEMAKAN STATUS

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?

Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan berkaitan bantuan ini. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA ONLINE

Pengemaskinian maklumat adalah sangat penting sekiranya terdapat perubahan tertentu dalam maklumat pemohon. Ikuti langkah di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA ONLINE

BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN

Permohonan baharu untuk bantuan STR dibuka sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada individu yang layak memohon bantuan ini. Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diisi dalam sistem adalah tepat dan lengkap bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses penilaian kelayakan dijalankan.

  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BANTUAN STR SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BANTUAN STR SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua penerima STR akan menerima bayaran Fasa 2 secara automatik?

Secara umum, penerima yang masih memenuhi syarat kelayakan biasanya akan menerima bayaran pada fasa seterusnya.

Bagaimana jika status semakan menunjukkan permohonan dalam proses?

Status tersebut biasanya bermaksud maklumat masih sedang disemak oleh pihak berkuasa sebelum keputusan akhir dipaparkan.

Bolehkah seseorang membuat semakan bagi ahli keluarga lain?

Semakan biasanya perlu dibuat menggunakan maklumat pengenalan pemohon yang berkaitan.

Apakah yang perlu dilakukan jika tidak dapat log masuk ke portal semakan?

Pengguna boleh mencuba semula kemudian atau mendapatkan bantuan melalui talian khidmat pelanggan rasmi.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bayaran Bantuan STR Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment