SARA MYKASIH 2026: PANDUAN MUDAH SEMAK STATUS PENERIMA
Program SARA MyKasih 2026 merupakan salah satu inisiatif bersasar yang bertujuan membantu golongan layak mendapatkan sokongan barangan keperluan asas. Bantuan ini dilaksanakan melalui kerjasama kerajaan bersama MyKasih Foundation menggunakan sistem tanpa tunai yang memudahkan penerima membuat pembelian di premis terpilih. Dengan adanya kemudahan semakan status secara dalam talian, orang ramai boleh mengetahui kelayakan mereka dengan lebih cepat dan mudah.
Maklumat penting telah dihimpunkan di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2026?
Penerima bantuan SARA MyKasih 2026 perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BERAPA JUMLAH SARA MYKASIH 2026 DIKREDITKAN?
Penerima SARA MyKasih akan menerima bantuan bulanan antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori kelayakan. Berikut perinciannya:

| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
- RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar

BILA TARIKH SARA MYKASIH 2026 DIAGIHKAN?
Tarikh bayaran bantuan SARA MyKasih diagihkan mengikut kategori penerima. Berikut butirannya:
- đď¸ 9 Jan 2026
- Isi rumah & warga emas
- đď¸ 16 Jan 2026
- Individu bujang

SARA MYKASIH 2026 SEMAKAN STATUS
Penerima yang layak boleh membuat semakan status melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA sara.gov.my. Sila hubungi talian hotline STR 1-800-88-2747 dan MyKasih 03-7720 1800 yang disediakan untuk pertanyaan lanjut. Langkah semakan lengkap status SARA MyKasih 2026 seperti di bawah:
SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu âSemakan Permohonanâ
- Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik âSEMAK KELAYAKANâ
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang âSemakan Statusâ
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
- Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
- Tarikh bayaran
- Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026

SARA MYKASIH 2026 SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA
Pengguna aplikasi MyGOV Malaysia perlu login akaun MyDigital ID sebelum maklumat bantuan boleh diakses. Ini bertujuan agar data penerima kekal selamat dan sah. Ikuti langkah-langkah di bawah ini:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semak Bantuan SARA MyKasih 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik SARA MyKasih.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan SARA MyKasih masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

PENGGUNAAN MYKAD UNTUK TEBUS BANTUAN SARA MYKASIH
Penerima bantuan hanya perlu menggunakan MyKad dalam urusan pembelian barangan bantuan. Berikut langkah lengkapnya:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN?
Ada beberapa saluran rasmi bagi memudahkan penerima untuk check baki semasa bantuan SARA MyKasih. Kaedahnya seperti berikut:
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki bulanan akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
- Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, kerana kelayakan bantuan biasanya dinilai semula mengikut data terkini penerima.
Boleh, asalkan mempunyai maklumat pengenalan yang tepat untuk tujuan semakan.
Status boleh berubah sekiranya terdapat perubahan data pendapatan atau maklumat kelayakan rasmi.
Kebanyakan sistem menyediakan fungsi tetapan semula maklumat akses bagi membolehkan pengguna menyemak semula.
Kebiasaannya ya, namun masa paparan bergantung kepada kelajuan sistem dan sambungan internet.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi SARA MyKasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/