SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Semakan STR 2026 penting bagi memastikan status serta jumlah bayaran yang diterima mengikut kategori penerima yang benar-benar layak. Bantuan ini diteruskan sebagai langkah kerajaan membantu isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Check bahagian seterusnya di bawah untuk info penuh dan terkini.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Kelayakan STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori pemohon serta paras pendapatan isi rumah. Kerajaan telah menetapkan kumpulan sasaran tertentu supaya bantuan diagihkan secara lebih adil dan tepat. Berikut butirannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Bagi tahun 2026, kategori bujang tidak lagi termasuk dalam STR dan telah dipindahkan ke skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 DIKREDITKAN?

Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran Fasa 1 STR 2026 masih belum diumumkan. Kerajaan akan memaklumkan jadual bayaran dari semasa ke semasa.

Sebagai perbandingan, bayaran Fasa 1 bagi STR 2025 telah dibuat pada bulan Januari.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?

Jumlah bayaran STR 2026 berbeza mengikut kategori penerima yang ditetapkan. Setiap kategori menerima kadar bantuan tertentu dan bayaran dibuat secara berperingkat mengikut fasa. Maklumat penuh kadar bayaran seperti jadual berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN

BAGAIMANA PENDAFTARAN AKAUN MYSTR?

Akaun MySTR diperlukan oleh semua penerima, sama ada pemohon baharu atau penerima sedia ada, bagi tujuan semakan dan pengurusan maklumat bantuan STR 2026. Proses pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA PENDAFTARAN AKAUN MYSTR

SEMAKAN STR 2026

Semakan status STR 2026 boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal STR. Langkah ringkas semakan STR 2026 adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
SEMAKAN STR 2026

KEMASKINI MAKLUMAT STR

Pemohon disarankan untuk mengemas kini maklumat sekiranya berlaku perubahan bagi mengelakkan isu kelayakan. Kemaskini boleh dibuat melalui langkah berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR

CARA MOHON BANTUAN STR 2026

Bagi individu yang belum pernah memohon STR, permohonan baharu boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tahun. Langkah asas permohonan ialah:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
    • Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada).
  11. Muat naik dokumen sokongan.
  12. Masukkan maklumat waris.
  13. Sahkan kod Captcha :
    • Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
  14. Hantar borang permohonan :
    • Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
  15. Permohonan berjaya :
    • Bagi permohonan Bantuan STR 2026 yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
CARA MOHON BANTUAN STR 2026

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STR 2026

Adakah semakan STR 2026 boleh dibuat tanpa akaun MySTR?

Tidak, akaun MySTR diperlukan untuk akses penuh maklumat.

Adakah jumlah STR berubah setiap fasa?

Jumlah boleh berbeza bergantung kepada fasa dan kategori.

Boleh ke buat semakan STR untuk pasangan atau ibu bapa?

Boleh, jika mempunyai maklumat log masuk yang sah.

Apa perlu buat jika terlupa kata laluan MySTR?

Gunakan fungsi tetapan semula kata laluan di portal MySTR.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment