PERMOHONAN UNDI POS ONLINE – PANDUAN LENGKAP CARA MOHON
Bagi memudahkan pengundi yang tidak dapat hadir ke pusat mengundi pada hari pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memperkenalkan kemudahan Undi Pos Online melalui portal rasmi MySPR. Melalui sistem ini, pemilih yang layak boleh menghantar permohonan undi pos secara online tanpa perlu hadir ke pejabat SPR. Langkah ini juga memastikan proses pilihan raya lebih mudah, telus dan inklusif untuk semua golongan.
Maklumat penuh boleh dirujuk di bawah.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN STR 2026
APA ITU UNDI POS ONLINE?
Undi pos ialah kaedah mengundi yang membolehkan seseorang pemilih menunaikan tanggungjawab mengundi walaupun tidak dapat hadir ke pusat mengundi pada hari sebenar.
Kaedah ini dilaksanakan secara rasmi oleh SPR bagi memastikan setiap warganegara yang layak tetap dapat mengambil bahagian dalam pilihan raya, termasuk mereka yang bertugas atau berada di luar negara.
KATEGORI KELAYAKAN UNDI POS
Tidak semua pemilih boleh memohon undi pos. SPR menetapkan beberapa kategori tertentu yang layak mengemukakan permohonan undi pos secara online melalui MySPR:
- Kategori 1A: Anggota Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan
 
- Kategori 1B: Anggota Tentera dan pasangan
 
- Kategori 1C: Petugas pilihan raya, media, dan individu yang diluluskan oleh SPR
 
- Kategori 1D: Warganegara Malaysia yang tinggal atau bekerja di luar negara
 
Makluman: Setiap kategori perlu memohon dalam tempoh yang ditetapkan oleh SPR mengikut jenis pilihan raya (Parlimen atau DUN).
CARA PERMOHONAN UNDI POS ONLINE
Permohonan undi pos boleh dibuat dengan mudah melalui portal rasmi MySPR.
Berikut langkah-langkah ringkas untuk permohonan undi pos secara online:
- Layari laman rasmi MySPR: https://myspr.spr.gov.my
 - Log masuk akaun MySPR. Jika belum mempunyai akaun, daftar terlebih dahulu.
 - Pilih menu “Permohonan Undi Pos”.
 - Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti kategori, alamat dan butiran diri.
 - Muat naik dokumen sokongan (jika diperlukan).
 - Semak semula semua maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
 - Pemohon akan menerima notifikasi atau e-mel pengesahan selepas permohonan berjaya dihantar.
 

BILA TARIKH PERMOHONAN UNDI POS DILAKSANAKAN?
Tarikh permohonan undi pos online biasanya akan diumumkan oleh SPR sebaik sahaja sesuatu pilihan raya diadakan. Tempoh permohonan ini biasanya dibuka beberapa hari selepas pengumuman tarikh pilihan raya dan ditutup lebih awal daripada hari penamaan calon. Berikut butirannya:
| KATEGORI PEMILIH | TARIKH TUTUP PERMOHONAN | 
|---|---|
| 1A | 12 November 2025 (Rabu) | 
| 1B | 27 Oktober 2025 (Isnin) | 
| 1C | 27 Oktober 2025 (Isnin) | 
Perhatian: Pemilih digalakkan untuk sentiasa mengikuti pengumuman rasmi SPR melalui laman web dan media sosial bagi memastikan tidak terlepas tarikh penting.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Selepas permohonan undi pos dihantar, pemohon boleh menyemak status secara online melalui akaun MySPR dengan langkah berikut:
- Log masuk ke akaun MySPR: https://myspr.spr.gov.my
 - Klik pada menu “Semakan Undi Pos”.
 - Status permohonan akan dipaparkan.
 
Sekiranya permohonan diluluskan, kertas undi akan dihantar ke alamat yang didaftarkan untuk proses pengundian seterusnya.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, setiap permohonan akan disemak dan disahkan oleh SPR sebelum diluluskan.
Tidak, undi pos hanya untuk mereka yang tinggal atau bekerja di luar negara dalam tempoh tertentu seperti yang ditetapkan SPR.
Anda boleh membatalkan permohonan dan membuat permohonan baharu sebelum tarikh tutup.
Kertas undi akan dihantar oleh SPR selepas semua permohonan diluluskan dan menjelang hari pengundian.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Undi Pos Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySPR: https://myspr.spr.gov.my
 - Tel : +603 8892 7080
 - Email : [email protected] atau [email protected]