BANTUAN 100 DALAM IC : SEMAK STATUS KELAYAKAN BAGI PENERIMA SUMBANGAN SARA
Kerajaan meneruskan Bantuan 100 dalam IC di bawah inisiatif Sumbangan SARA sebagai usaha meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad, membolehkan penerima menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai terpilih. Artikel ini menghuraikan cara semak kelayakan, kategori penerima serta cara pembelian bantuan secara mudah.
Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 100 DALAM IC?
Bantuan 100 dalam IC diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang layak, bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan. Ia melibatkan kategori pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut perinciannya:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BANTUAN 100 DIKREDITKAN?
Bayaran Bantuan 100 akan dikreditkan ke IC penerima pada setiap awal bulan, melibatkan golongan B40 dan M40 yang layak. Perinciannya ditunjukkan seperti di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN DALAM IC?
Setiap kategori penerima Sumbangan SARA menerima jumlah bantuan yang berbeza. Bagi golongan B40, bantuan adalah antara RM600 hingga RM2,100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Semua jumlah ini akan dikreditkan terus ke IC penerima seperti dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 diagihkan secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Bayaran disalurkan ke MyKad bermula 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
- Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

CARA GUNA BANTUAN 100 DALAM IC UNTUK PEMBELIAN
Untuk membeli barangan SARA dengan Bantuan 100 dalam IC, penerima hanya perlu memilih barangan yang diluluskan, tunjuk IC di kaunter untuk pengesahan, kemudian teruskan pembayaran. Resit pembelian disimpan sebagai rujukan. Berikut adalah langkah lengkap untuk membuat pembelian:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk IC untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status IC penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna IC
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BANTUAN 100 DALAM IC SEMAKAN STATUS
Untuk menyemak status kelayakan Bantuan 100, penerima boleh layari Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA di sara.gov.my. Jika perlukan bantuan, hubungi STR di 1-800-88-2747. Berikut langkah semakan:
BANTUAN 100 DALAM IC SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status SARA secara online.

BANTUAN 100 DALAM IC SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor IC
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ)
Bulanan diberi setiap bulan, manakala one-off diberi sekali ikut pengumuman kerajaan.
Tak perlu, penerima dipilih secara automatik oleh kerajaan.
Tiada. Sistem akan tapis automatik berdasarkan data rasmi.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan 100 Dalam IC ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]