SEMAK BAYARAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS 2025
Program MyKasih menyalurkan bantuan SARA bulanan dan one-off yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Melalui inisiatif ini, keluarga B40 dapat membeli barangan asas di kedai terpilih dengan lebih mudah.
Penerima yang layak boleh semak status bayaran SARA MyKasih secara online untuk mengetahui jumlah baki dan kelayakan bantuan terkini dengan panduan yang di sediakan di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih disediakan untuk golongan B40 dan M40 yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Ia terbuka kepada pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat lanjut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH?
Tarikh pengkreditan Bantuan SARA MyKasih ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH DIBERIKAN?
Dalam program SARA MyKasih, jumlah bantuan berbeza disalurkan mengikut kategori penerima. Golongan B40 layak menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini disalurkan terus ke MyKad masing-masing. Perinciannya adalah seperti dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA RM100 ONE-OFF
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Bantuan ini disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN
Cara guna Bantuan SARA MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA MyKasih boleh semak panduan ringkas di bawah bagi memahami cara membuat bayaran bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAYARAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD?
Cara semak status bayaran Bantuan SARA MyKasih kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:
SEMAK BAYARAN SARA MYKASIH MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK BAYARAN SARA MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Seorang guru KAFA berkata:
“Bantuan ini sangat membantu, terutama bila gaji kecil dan banyak komitmen.”
Namun seorang penjaja tepi jalan berkata:
“Hanya kedai besar terpilih yang terima. Susah nak guna dekat kawasan kecil macam kami.”
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BAYARAN SARA MYKASIH
Antaranya beras, minyak masak, gula, tepung, susu, telur, makanan kering asas dan barangan dapur harian.
Boleh tengok pada resit selepas belanja atau tanya di kaunter.
Ya, baki boleh dibawa sehingga tarikh tamat program (31 Disember 2025).
Tidak, ia hanya untuk beli barangan asas sahaja.
Di pasar raya atau kedai runcit terpilih seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave dan lain-lain.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Bayaran SARA MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]