TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 3 2025

TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 3 2025

Berita baik untuk rakyat Sabah! Tarikh bayar bagi bantuan Syukur Sabah Fasa 3 bagi tahun 2025 bakal disalurkan tidak lama lagi. Ramai penerima kini menantikan tarikh bayaran rasmi yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan negeri. Jika anda salah seorang penerima bantuan ini, pastikan anda terus ikuti perkembangan terkini agar tidak terlepas maklumat penting berkaitan pembayaran.

Semak maklumat lanjut di bawah untuk maklumat terkini tarikh bayaran dan semakan status penerima bantuan.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH : 2025 SEMAK PENERIMA (RM900 & RM450)

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH

Bantuan Syukur Sabah merupakan satu inisiatif prihatin Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan, terutamanya golongan B40 dan individu berpendapatan rendah. Melalui bantuan tunai yang diagihkan secara berperingkat, program ini bukan sahaja memberi kelegaan sementara, malah menjadi simbol keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat yang terus berjuang menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Untuk menerima bantuan SYUKUR Sabah ini pemohon mestilah menepati syarat-syarat yang di tetapkan. Berikut merupakan syarat yang yang ditetapkan:

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganeraga Malaysia.
  • Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.

Pemohon juga perlu memenuhi salah satu dari syarat berikut:

  • KETUA ISI RUMAH – Status miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024.
  • KETUA ISI RUMAH – Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

*Selain itu, kelayakan penerima bantuan juga dibahagikan kepada dua (2) kategori penerima iaitu dari kategori miskin dan miskin tegar.

  • KATEGORI MISKIN
PENDAPATANKELAYAKAN
RM1,219 – RM2,742 SebulanPemohonan hanya layak untuk
sorang ketua isi rumah sahaja
  • KATEGORI MISKIN TEGAR
PENDAPATANKELAYAKAN
Kurang RM1,218 Sebulan– Ketua isi dan pesangan; atau
– Ketua isi rumah dan anak 18 tahun ke atas.

TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH

Pembayaran akan dikreditkan kepada penerima secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Pembayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah berjaya dikreditkan. Bagi Fasa 3, bayaran telah bermula pada 29 September 2025 secara berperingkat mengikut bank. Semak tarikh dibawah:

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA SATU (1)Februari
FASA DUA (2)April
FASA TIGA (3)September
FASA EMPAT (4)November

CARA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Bantuan ini boleh diterima melalui tiga (3) cara seperti berikut:

  • Di bayar terus ke akauan bank penerima.
  • Diberikan secara tunai.
  • Dikreditkan kedalam eWallet YONO.

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sama bagi setiap fasa sebanyak RM900. Namun, bagi kategori miskin tegar setiap isi rumah akan memperoleh sejumlah RM1,800 jika digabungkan dengan pasangan atau anak yang berusia 18 tahun keatas.

Bayaran bagi setiap fasa:

TARIKH TERIMAJUMLAH BAYARAN
Januari – MacRM900
April – JunRM900
Julai – OgosRM900
Oktober – DisemberRM900

CARA SEMAK STATUS SYUKUR SABAH

Pemohon boleh membuat semakan untuk semak status terkini melalui dua kaedah iaitu melalui portal rasmi SYUKUR Sabah atau melalui aplikasi YONO Superapp.

LANGKAH SEMAKAN SECARA ONLINE.

LOGIN SYUKUR SABAH

SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PITAR.

Pemohon juga boleh membuat semakan status melalui aplikasi YONO Superapp. Muat turun aplikasi di:

RUJUKAN

Panduan bagi Tarikh Bayar SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

3 thoughts on “TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 3 2025”

  1. Assalamualaikum
    Fasa pertama TDK layak tapi
    Fasa kedua layak,tapi no akaun bank perlu di kemas kini..saya sudah kemaskini tapi dari bulan Jun lagi duit belum bankin..knp??

    Reply
    • Kita sama sis.. saya pun status layak. Dan disuruh kemaskini no akaun, bila dah kemaskini sampai october ni belum masuk lagi

      Reply
  2. Saya orang miskin ic pun H cuma tiada eKasih … tidak layak dari fasa 1,2 sampai 3…apa masalahnya pun tidak tahu yg lain tiada juga eKasih dapat juga…

    Reply

Leave a Comment