SEMAK STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 adalah bayaran terakhir tahun ini yang ditunggu-tunggu oleh penerima B40 dan M40. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup isi rumah yang layak. Pastikan anda semak maklumat terkini melalui portal rasmi STR untuk elak terlepas info pembayaran.
Semakan status STR Fasa 4 boleh dibuat secara online bagi memastikan kelayakan dan jumlah bantuan yang diterima. Ikuti artikel ini untuk info lengkap.
BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Bantuan STR ini disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Maka, beberapa syarat kelayakan mengikut kategori pemohon telah ditetapkan seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Makluman: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.
BERAPA JUMLAH STR FASA 4 YANG DISALURKAN?
Untuk STR Fasa 4 kali ini, setiap penerima akan dapat jumlah yang berbeza antara RM150 hingga RM700, bergantung pada kategori masing-masing. Semak jadual kategori penerima dan jumlah bantuan STR di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
>5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
>5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?
Cara bayaran untuk STR Fasa 4 bergantung pada penerima. Ada yang terus masuk akaun bank, ada juga yang boleh ambil tunai di BSN. Butiran penuh seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN?
Bantuan STR diagihkan kepada penerima secara berperingkat dalam empat fasa utama. Sehingga kini, pengumuman rasmi mengenai tarikh bayaran bagi Fasa 4 masih dinantikan oleh penerima. Untuk rujukan, semak jadual berikut yang memaparkan fasa bantuan STR beserta tarikh bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22-28 JANUARI |
FASA 2 | 24 MAC |
FASA 3 | 12 OGOS |
FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh rasmi akan dikemas kini setelah kerajaan buat pengumuman. Kalau ikut tahun lepas (2024), bayaran Fasa 4 masuk pada bulan November – Rujukan: bantuantunai.hasil (FAQ)
SEMAK STR
Penerima STR boleh semak status bantuan secara online melalui Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk ke akaun MySTR dan pilih menu Semakan Status. Untuk sebarang masalah, hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut langkah penuh untuk semak STR Fasa 4:
- Buka laman rasmi untuk semak STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Perlaksanaan Bantuan STR mendapat pelbagai reaksi dari rakyat. Seorang pekerja kilang di Selangor berpendapat,
“STR sangat membantu saya bayar sewa rumah dan barang dapur. Walaupun tak banyak, tapi cukup ringankan beban setiap bulan.”
Seorang peniaga kecil di Kelantan berkata,
“Saya harap STR diteruskan, tapi kalau boleh tambah jumlah sebab kos barang makin naik.”
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK STR
Gunakan fungsi reset di portal atau hubungi hotline BKK.
Boleh ke mana-mana cawangan BSN berdekatan.
Bayaran akan ditukar kepada tunai di BSN.
Kad pengenalan asal.
Ya, selagi layak ikut syarat STR.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]