LOGIN STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS TERKINI BANTUAN TUNAI 2025
Kerajaan meneruskan agihan STR Fasa 4 tahun 2025 sebagai kesinambungan bantuan tunai kepada golongan yang layak. Inisiatif ini menegaskan usaha kerajaan dalam meringankan kos sara hidup rakyat khususnya B40 dan M40. Semakan status penting supaya penerima tidak terlepas maklumat berkaitan bayaran fasa terakhir ini.
Melalui kemudahan login sistem rasmi STR Fasa 4, penerima boleh menyemak status terkini kelayakan, jumlah bayaran dan tarikh pengkreditan bantuan. Ikuti artikel ini hingga akhir untuk mengetahui caranya.
BACA JUGA: STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR?
Supaya bantuan STR sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan, terdapat syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah perinciannya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Penting: Individu bujang yang masih dalam pengajian IPTA/IPTS tidak layak memohon sebagai pemohon bujang. Sebaliknya, mereka perlu dimasukkan dalam maklumat tanggungan permohonan isi rumah.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4?
STR Fasa 4 menetapka jumlah bayaran berbeza bagi setiap kategori penerima, bermula dari RM150 sehingga RM700. Jadual berikut menunjukkan jumlah bantuan mengikut kategori yang layak:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
Untuk STR Fasa 4, cara bayaran bergantung pada penerima; ada yang terus masuk akaun bank, ada juga yang boleh ambil tunai di BSN. Butiran penuh ada di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILA TARIKH STR FASA 4 DIBAYAR?
Bayaran STR dibuat secara berperingkat dalam 4 fasa. Tarikh rasmi bagi Fasa 4 masih ditunggu pengumumannya dari kerajaan. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat fasa dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Mengikut rekod tahun sebelumnya, bayaran bagi fasa 4 dibuat pada November – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
LOGIN STR FASA 4
Untuk menyemak status terkini bantuan, penerima STR Fasa 4 boleh login secara online melalui Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk ke akaun MySTR dan pilih menu Semakan Status. Untuk sebarang masalah, hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut langkah penuh login STR Fasa 4:
- Login laman rasmi STR untuk semakan Fasa 4: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.

SOALAN LAZIM (FAQ) LOGIN STR FASA 4
Ya, setiap penerima akan menerima jumlah penuh mengikut kategori masing-masing.
Anda boleh tuntut bayaran secara tunai di BSN.
Permohonan mungkin ditolak atau perlu dikemaskini.
Bayaran akan disalurkan secara tunai di BSN.
Ya, dengan membuat kemaskini maklumat di portal STR.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Login STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]