STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN

STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN

Kerajaan meneruskan agihan Bantuan Tunai STR Fasa 4 2025 kepada penerima yang layak di seluruh negara. Bantuan ini menjadi kesinambungan fasa terdahulu bagi meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 dan M40. Usaha ini selari dengan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

Semakan status penting bagi mengetahui jumlah bayaran yang diterima serta tarikh pengkreditan bantuan STR Fasa 4. Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Terdapat beberapa syarat kelayakan STR yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Perhatian: Jika anda bujang berumur 21 tahun atau OKU yang berumur 19 tahun ke atas dan masih belajar di IPT, anda tak boleh mohon sebagai individu. Anda hanya boleh disenaraikan bawah tanggungan dalam permohonan isi rumah.

BERAPA JUMLAH STR FASA 4 YANG DISALURKAN?

Bagi STR Fasa 4, jumlah bantuan yang disalurkan tidak sama untuk semua penerima. Jumlahnya bergantung kepada kategori masing-masing, iaitu dari RM150 hingga RM700. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat penuh:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN
MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN
MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?

Bayaran STR Fasa 4 akan diagihkan mengikut jenis penerima, sama ada melalui kredit akaun bank atau bayaran tunai di BSN. Perincian lanjut adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4?

Tarikh bayaran bantuan STR dikreditkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan kini sedang menantikan pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 4. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 4 dibuat pada November – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 4 DILAKUKAN?

Penerima STR boleh semak status bantuan dengan mudah secara online melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Selepas log masuk ke akaun MySTR, pilih bahagian Semakan Status untuk mengetahui maklumat terkini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, pemohon boleh menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Berikut adalah langkah penuh semakan STR Fasa 4:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 4 DILAKUKAN

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan portal MySTR?

Boleh reset kata laluan melalui pilihan “Lupa Kata Laluan” di portal.

Adakah bayaran STR boleh dipindah kepada orang lain?

Tidak. STR hanya untuk penerima berdaftar sahaja.

Bagaimana jika penerima STR meninggal dunia?

STR akan dibatalkan, dan waris perlu maklumkan kepada pihak LHDN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment