SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 4 2025

SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 4 2025

Kerajaan meneruskan agihan Bantuan Tunai STR Fasa 4 tahun 2025 kepada golongan yang layak di seluruh negara. Bantuan ini menjadi sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meringankan beban rakyat khususnya isi rumah B40. Usaha ini menegaskan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Penerima yang layak boleh semak status bantuan STR Fasa 4 secara online. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

SYARAT KELAYAKAN STATUS BANTUAN STR

Bagi memastikan bantuan STR diterima oleh golongan yang benar-benar layak, syarat kelayakan telah ditetapkan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah perinciannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, hanya layak dimasukkan sebagai anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan membuat permohonan secara individu sebagai kategori bujang.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4

Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat fasa utama. Penerima kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak kerajaan mengenai tarikh pembayaran bagi Fasa 4. Lihat jadual berikut untuk pecahan fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh bayaran akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rujukan, pembayaran Fasa 4 pada tahun 2024 dibuat sekitar November. – Sumber: bantuantunai.hasil (FAQ).

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN

Setiap penerima STR Fasa 4 akan menerima bayaran berbeza mengikut kategori, antara RM150-RM700. Lihat jadual berikut untuk butiran lengkap:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

CARA BANTUAN STR DIAGIHKAN

Pembayaran STR Fasa 4 dilaksanakan melalui dua cara, iaitu kredit terus ke akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun, atau melalui tunai di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN STR

Penerima yang layak boleh semak status bantuan STR Fasa 4 secara online melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Pemohon hanya perlu pilih menu Log Masuk MySTR kemudian klik pada Semakan Status. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK di talian 1-800-88-2747 (beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang). Berikut adalah langkah penuh untuk semak status bantuan STR:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN STR

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK STATUS BANTUAN STR

Jika maklumat saya salah, bagaimana cara kemaskini?

Kemaskini boleh dibuat di portal STR atau terus di kaunter LHDN.

Di mana nak buat rayuan STR 2025?

Rayuan boleh dibuat online atau di kaunter LHDN terdekat.

Apa dokumen penting untuk rayuan STR?

Salinan MyKad, sijil lahir anak, sijil nikah/cerai, slip gaji atau dokumen pendapatan lain.

Bagaimana kalau nombor akaun bank sudah tidak aktif?

Penerima perlu kemaskini akaun baharu di portal STR atau buat tuntutan tunai di BSN.

Adakah penerima bantuan lain masih layak dapat STR?

Ya, STR tidak menjejaskan kelayakan bantuan lain seperti MyKasih atau JKM.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Status Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment