SARA BILA MASUK : SEMAKAN PEMBAYARAN ONLINE

SARA BILA MASUK : SEMAKAN PEMBAYARAN ONLINE

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas dengan lebih mudah. Program SARA di bawah MyKasih diperkenalkan sebagai sebahagian daripada SumbanganTunai Rahmah (STR), bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima yang layak. Salah satu aspek penting dalam program ini adalah proses pengkreditan bantuan secara cashless ke dalam MyKad penerima.

Artikel ini akan memberi panduan lengkap mengenai semakan status pengkreditan SARA 2026 secara online.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2026?

Syarat-syarat kelayakan SARA 2026 adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

SARA BILA MASUK?

Tarikh bayaran masuk bagi SARA 2026 adalah seperti perincian berikut:

  • 9 Januari 2026
    • ➡️ 5 juta isi rumah, termasuk warga emas
  • 16 Januari 2026
    • ➡️ 3.1 juta individu bujang
SARA BILA MASUK

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN?

Penerima yang layak akan menerima kredit sehingga RM200 mengikut kategori masing-masing. Berikut adalah butiran jumlah penuh bantuan yang akan diterima:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN

PENGHARGAAN SARA

  • Selain SARA Bulanan, RM100 one-off akan diberikan kepada rakyat Malaysia 18 tahun ke atas yang mula diagihkan 9 Februari 2026.
  • Semakan kelayakan status Penghargaan SARA MyKasih 2026 boleh dibuat sehari sebelum tarikh pelaksanaan program tersebut.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN

SEMAK STATUS BILA SARA MASUK DALAM MYKAD

Semakan status bila SARA 2026 masuk dalam MyKad penerima boleh dibuat secara atas talian melalui Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau laman rasmi SARA (https://sara.gov.my). Sebarang pertanyaan boleh hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah semakan lengkap:

SEMAKAN STATUS BILA SARA MASUK MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAK STATUS BILA SARA MASUK DALAM MYKAD

SEMAKAN STATUS BILA SARA MASUK MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran SARA 2026
    • Semak baki bantuan
SEMAK STATUS BILA SARA MASUK DALAM MYKAD

SARA BILA MASUK SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Semakan status SARA melalui MyGOV Malaysia hanya boleh dilakukan selepas pengguna mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID yang sah. Berikut adalah panduan ringkasnya:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas semak bila SARA masuk Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

Nota Penting:

  • MyDigital ID hanya perlu daftar sekali sahaja.
  • MyGOV hanya paparkan maklumat rasmi, bukan simpan data.
  • Status bantuan bergantung kepada pengumuman kerajaan.
  • Gunakan MyKad & akaun sendiri sahaja untuk semakan.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BAGAIMANA CARA PEMBELIAN BARANGAN SARA?

Penerima hanya perlu memilih barangan yang diluluskan untuk membuat pembelian, tunjuk MyKad di kaunter untuk pengesahan, kemudian teruskan pembayaran. Langkah penuh pembelian barangan bantuan SARA seperti di bawah:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA PEMBELIAN BARANGAN SARA

SENARAI KEDAI SARA YANG BERDAFTAR

Terdapat lebih 10,000 kedai & pasar raya terpilih di seluruh negara bagi memudahkan rakyat untuk membuat pembelian barangan asas SARA MyKasih. Jumlah kedai berdaftar ini dijangka semakin meningkat sepanjang tempoh bantuan dilaksanakan. Antara lokasi kedai & pasar raya berdaftar adalah seperti berikut:

Jenis KedaiContoh / Nama Kedai
🛒 Pasar Raya BesarMydin, Giant, AEON Big, Lotus’s
🏪 Kedai Runcit / Mini Market99 Speedmart, TF Value‑Mart, KK Super Mart
🏬 Lain-lain / TempatanKedai tempatan berdaftar ikut negeri / kawasan penerima

Cara semak lokasi kedai berdekatan:
👉 https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

SEMAKAN BAKI KREDIT SARA MYKASIH

Ada beberapa cara boleh digunakan oleh penerima bantuan yang layak untuk semak baki kredit SARA MyKasih melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Berikut perinciannya:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA bulanan akan dipaparkan
APLIKASI MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA BILA MASUK

Bilakah bayaran SARA akan dimasukkan kepada penerima?

Bayaran SARA biasanya disalurkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Adakah penerima STR secara automatik layak menerima SARA?

Tidak semua penerima STR layak secara automatik menerima SARA. Kelayakan tertakluk kepada kriteria tambahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Adakah baki kredit SARA MyKasih boleh dibawa ke bulan seterusnya?

Tertakluk kepada terma penggunaan semasa yang ditetapkan.

Bolehkah penerima membuat aduan jika SARA masih belum masuk?

Ya, penerima boleh membuat aduan atau pertanyaan melalui talian bantuan atau saluran rasmi yang disediakan oleh pihak berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Sara Bila Masuk ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment