SEMAKAN STR FASA 2: JUMLAH, TARIKH & KAEDAH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Program ini diteruskan pada tahun 2026 dengan pembayaran dilakukan secara berfasa untuk memastikan penerima mendapat bantuan secara berperingkat.
Salah satu fasa penting dalam program ini ialah STR Fasa 2 bagi tahun 2026. Artikel ini akan mengupas secara terperinci mengenai tarikh pembayaran, jumlah bayaran mengikut kategori penerima, cara pembayaran, serta panduan untuk menyemak status kelayakan.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Terdapat sedikit pembaharuan bagi syarat kelayakan STR 2026 demi memastikan ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan kepada penerima yang layak. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah
Makluman: Individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA BAYARAN STR FASA 2 2026 DIKREDITKAN?
Bayaran bantuan STR Fasa 2 bagi tahun 2026 tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk Fasa 1, bayaran telah dikreditkan mengikut tarikh berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR DISALURKAN?
Bayaran STR 2026 adalah berbeza jumlah mengikut kategori penerima. Semak jadual di bawah bagi jumlah maksimum dan pembayaran bagi Fasa 1:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BAGAIMANA CARA STR FASA 2 DIAGIHKAN?
Bantuan STR Fasa 2 akan diagihkan kepada penerima yang layak melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti butiran berikut:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
SEMAKAN STR FASA 2
Bagi membuat semakan status STR Fasa 2 2026, penerima yang layak boleh semak melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Panduan semakan penuh STR Fasa 2 2026 adalah seperti yang dijelaskan di bawah ini:
SEMAKAN STR FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAKAN STR FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Untuk semakan STR Fasa 2 2026 melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu pastikan akaun MyDigital ID telah didaftarkan dan diaktifkan terlebih dahulu. Langkah ringkas untuk membuat semakan STR Fasa 2 melalui MyGov Malaysia seperti berikut:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan STR Fasa 2 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 2 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

DAFTAR AKAUN BAHARU MYSTR
Pemohon baharu atau sedia ada STR 2026 digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan semakan status, maklumat bayaran, kemaskini data peribadi serta info bantuan terkini STR Fasa 2. Pendaftaran MySTR boleh dilakukan mengikut langkah-langkah di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

PERMOHONAN STR FASA 2 2026
Individu yang layak boleh buat permohonan baharu sepanjang tahun melalui portal rasmi MySTR. Permohonan baharu bagi Fasa 2 STR 2026 dibuka mulai 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Berikut adalah cara mohon STR 2026 secara online & manual:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:
STR 2026 PERMOHONAN SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
PROSES RAYUAN STR
Rayuan bagi permohonan STR 2026 yang tidak diluluskan telah dibuka. Tarikh rayuan diumumkan secara rasmi seperti berikut:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

BAGAIMANA CARA MAKLUMAT STR DI KEMASKINI?
Pemohon disaran mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Berikut adalah cara pengemaskinian:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tarikh rasmi akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Ya, semakan boleh dilakukan melalui telefon pintar selagi mempunyai sambungan internet dan pelayar web yang sesuai.
Status “Dalam Proses” menunjukkan permohonan masih sedang disemak dan belum dimuktamadkan.
Kebiasaannya, pemohon hanya memerlukan nombor MyKad.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan STR Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
STR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong golongan berpendapatan rendah. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima yang layak dengan memberikan bantuan tunai secara langsung. STR biasanya disalurkan dalam beberapa fasa sepanjang tahun, dengan jumlah bantuan yang berbeza berdasarkan pendapatan isi rumah, bilangan tanggungan, dan kriteria kelayakan tertentu. Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan kestabilan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutama mereka yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup. Pemohon yang layak boleh menyemak status dan membuat permohonan melalui portal rasmi STR.