BANTUAN RM100 MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SARA DALAM MYKAD

BANTUAN RM100 MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SARA DALAM MYKAD

Bantuan RM100 MADANI di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan antara inisiatif penting yang diteruskan dalam Belanjawan 2025. Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sebahagian M40 dalam menangani tekanan kos sara hidup, terutamanya berkaitan keperluan barangan asas harian. Menerusi program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan bulanan RM100 yang dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad mereka. Pelaksanaan program ini membuktikan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada bantuan. Ia juga memperkukuh sistem penyampaian bantuan melalui penggunaan MyKad yang mudah dan efisien.

Nak tahu sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima bantuan RM100 MADANI? Dalam artikel ini, anda akan ketahui syarat kelayakan terkini, cara semakan status penerima serta panduan lengkap berkenaan bantuan SARA MyKasih bagi tahun 2025.

BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN TERKINI BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 MADANI

Pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama bantuan RM100 MADANI adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100

Tarikh pembayaran bantuan berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti yang diperincikan berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN MADANI 2025

Jumlah bantuan MADANI yang diterima oleh penerima akan berbeza mengikut kategori mereka. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kategori penerima dan jumlah bantuan:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*TERKINI BANTUAN SARA UNTUK SEMUA ONE-OFF RM100

  • Bantuan one-off RM100 kepada semua individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Tiada permohonan diperlukan, bantuan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.
  • Ahli keluarga juga layak jika berumur 18 tahun ke atas, walaupun dalam satu isi rumah.
    • Contoh: Suami (RM100) + Isteri (RM100) + Anak di IPT (RM100) = RM300
  • Tarikh pengkreditan bermula 31 Ogos 2025.
  • Boleh digunakan untuk beli barangan asas di kedai runcit atau pasar raya terpilih.
  • Tempoh bantuan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  • Untuk info lebih lanjut, sila rujuk di sini.

CARA GUNA BANTUAN RM100

Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan asas dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan RM100 MADANI yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

CARA SEMAK BANTUAN RM100 MADANI

Kerajaan telah menyediakan 2 portal rasmi bagi memudahkan penerima bantuan untuk membuat semakan kelayakan bantuan. Berikut disertakan pautan portal dan langkah lengkap semakan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

LOGIN CARA SEMAK BANTUAN RM100 MADANI
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN CARA SEMAK BANTUAN RM100 MADANI
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan RM100 MADANI ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment