RINGKASAN PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA – BERITA ONLINE

RINGKASAN PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA – BERITA ONLINE

Dalam semangat menghargai kesabaran, ketabahan dan sokongan padu seluruh rakyat, Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan satu pengumuman penting yang membawa khabar gembira kepada semua lapisan masyarakat. Pengumuman ini merupakan tanda penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, kos sara hidup yang meningkat serta komitmen mereka dalam membangunkan negara. Langkah-langkah yang diumumkan bukan sahaja mencerminkan keprihatinan kerajaan, malah turut memberi kelegaan segera kepada rakyat yang paling memerlukan.

Berikut merupakan rumusan dari ucapan pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Ucapan ini menekankan kerangka ekonomi Madani yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam menghadapi peralihan ekonomi sejak 2023, dengan pertumbuhan KDNK yang stabil dan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pertumbuhan Ekonomi dan Daya Saing

  • Pertumbuhan KDNK Malaysia dilaporkan mencapai 4% pada suku pertama 2025 dan dijangka kekal meskipun terdapat cabaran global.
  • Malaysia mencatatkan peningkatan dalam kedudukan indeks daya saing dunia dengan pelaburan tertinggi dalam sejarah.

Cabaran Kos Hidup

  • Walaupun prestasi ekonomi membanggakan, rakyat masih menghadapi cabaran kos hidup yang meningkat.
  • Kadar pengangguran menurun, dan peluang pekerjaan baru dijangka dicipta untuk meningkatkan taraf hidup.

Peningkatan Gaji dan Kebajikan

  • Gaji minima dirancang untuk meningkat kepada 1,700 ringgit berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
  • Kerajaan merancang untuk menambah bilangan doktor dan membebaskan isi rumah miskin tegar dari kemiskinan, dengan lebih banyak bantuan dirancang untuk masa depan.

Inisiatif Kebajikan dan Bantuan

  • Peruntukan tertinggi dalam sejarah disediakan untuk kebajikan, dengan peningkatan bantuan untuk pertanian dan pengeluaran.
  • Langkah-langkah untuk meringankan beban kos sara hidup termasuk Sumbangan Asas Rahmah bagi setiap warganegara dewasa.

Pengurangan Kos Sara Hidup

  • Jualan Rahmah diharapkan dapat membantu rakyat dengan harga yang lebih rendah.
  • Subsidi untuk kos minyak akan diberikan, dan harga minyak mungkin akan diturunkan untuk meringkan beban pengguna.

MANFAAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA

SARA UNTUK SEMUA

SARA UNTUK SEMUA - RM100 ONE-OFF

Bagi menghargai sokongan dan dokongan dari rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan SARA secara one-off yang disalurkan kedalam MyKad kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas. Bantuan diberikan sebanyak RM100 kepada setiap individu yang layak.

MAKLUMAT LANJUT: BANTUAN TAMBAHAN 100 ONE OFF

PENYASARAN SUBSIDI MINYAK

Dengan penyasaran semula subsidi minyak, harga petrol bagi Ron95 diturunkan kepada Rm1.99 seliter berbanding harga terkini iaitu Rm2.05 seliter.

RUJUK: https://www.mof.gov.my/portal/ms/

PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA - PENYASARAN SUBSIDI MINYAK

BIL ELEKTRIK TURUN

PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA - BIL ELEKTRIK TURUN

Walaupun tarif baru elektrik bermula Julai 2025, itu bukan penanda bahawa bil elektrik juga akan naik. Malahan 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus lebih rendah.

SEMAK: CARA KIRA BIL TNB

MEMPERBANYAKKAN JUALAN RAHMAH MADANI

Peruntukan Jualan Rahmah ditingkatkan dari 300 juta ringgit kepada 600 juta ringgit. Peruntukan ini bagi memastikan kekerapan dan meluaskan lokasi tiap dewan undangan negeri meliputi yang 600 DUN.

PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA - MEMPERBANYAK JUALAN RAHMAH MADANI

KADAR TOL KEKAL

PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA - KADAR TOK KEKAL

Mengikut perjanjian, kadar tol akan dinaikkan bermula tahun ini. Namun, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol dengan tanggungan kos lbih Rm500 juta ringgit untuk tahun ini bagi membolehkan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada.

SEMAK KADAR TOL PLUS

PENGHARGAAN SEMPENA HARI MALAYSIA

Bagi meningkatkan usaha pelancongan tempatan dan memberi masa dan ruang yang lebih baik bersama keluarga sempena sambutan hari Malaysia pada 16 September ini, cuti pelepasan Am tambahan diberikan pada 15 September 2025.

PENGHARGAAN SEMPENA HARI MALAYSIA

KOMITMEN KERAJAAN

Pihak kerajaan berkomitmen untuk memperbaiki keadaan menjelang 2026 dengan langkah-langkah tambahan dalam belanjawan akan datang.

Leave a Comment