SEMAK BARANGAN SARA MYKASIH : (2025) CHECK SENARAI TERKINI DAN CARA TEBUS
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan inisiatif kerajaan melalui Belanjawan 2025 yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan B40. Bantuan ini disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya terpilih.
Nak tahu cara semak barangan SARA MyKasih? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN MYKASIH
SENARAI SEMAK BARANGAN SARA MYKASIH
Kerajaan telah membenarkan 14 kategori barangan asas dengan penambahan kategori produk kebersihan rumah (bermula 1 Mei 2025) yang boleh dibeli oleh rakyat dengan hanya menggunakan bantuan dalam MyKad. Jadual di bawah menunjukkan kategori barangan & contoh jenama yang terlibat:

| KATEGORI BARANGAN ASAS | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| BARANGAN PERSEKOLAHAN | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| PRODUK KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |
SEMAK SENARAI KEDAI SARA MYKASIH
Terdapat lebih 1200 kedai dan pasar raya terpilih yang mana rakyat boleh membuat pembelian barangan asas untuk menebus bantuan SARA MyKasih. Berikut senarai kedai rakan niaga MyKasih SARA 2025 yang biasanya terlibat:
Pasar Raya Besar / Nasional.
- Mydin
- Econsave
- Lotus’s
- Giant
- AEON Big
- The Store
- 99 Speedmart
- TF Value Mart
- Billion
Pasar Mini / Runcit / Lain-lain.
- KK Super Mart
- BS Freshmart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Sakan
- U Sentral Market
- Pasaraya Top Ten
- Hi Way Mart
- Super Seven
NOTA TAMBAHAN: Lokasi kedai ini bergantung pada negeri dan daerah. Anda boleh semak senarai kedai yang sah di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA TEBUS SARA MYKASIH
Penerima bantuan boleh mengikut panduan berikut untuk menebus bantuan SARA MyKasih:
- Pastikan anda penerima yang sah (melalui STR/eKasih).
- Semak nama anda dalam sistem MyKasih.
- Kunjungi pasar raya atau kedai rakan MyKasih berdekatan.
- Pilih barangan asas yang dibenarkan.
- Semasa pembayaran, hanya perlu imbas MyKad dan masukkan PIN 6-digit.
- Resit akan dikeluarkan dan amaun ditolak daripada baki bantuan bulanan anda.
- Gunakan bantuan sebelum tamat tempoh (sehingga 31 Disember 2025).
CARA SEMAK BAKI MYKASIH
Penerima bantuan yang telah menggunakan MyKasih boleh membuat semakan baki berdasarkan cara berikut:
SEMAK BAKI MYKASIH.
- LANGKAH 1
Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store / Apple App Store.
- LANGKAH 2
Buka aplikasi dan tekan “Log Masuk”.
- LANGKAH 3
Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang) dan tekan “Hantar OTP”.
- LANGKAH 4
Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar.
- LANGKAH 5
Sebaik berjaya log masuk, pilih menu “Baki” / “Akaun” / “Transaksi”.
- LANGKAH 6
Paparan baki terkini bantuan anda akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semak Barangan SARA MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]