SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN : SEMAK STATUS 2025
Bermula Januari 2025, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan melalui platform MyKasih sebagai inisiatif kerajaan membantu golongan B40 dan miskin tegar bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini dikreditkan secara tanpa tunai terus ke dalam MyKad penerima yang layak dan boleh digunakan di pasaraya terpilih.
Macam mana nak login untuk semakan bantuan MyKasih secara online? Ikuti panduan lengkap selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: CHECK BARANG & SENARAI KEDAI MYKASIH
SYARAT PERMOHONAN MYKASIH
Terdapat beberapa syarat bagi memastikan bakal penerima adalah benar-benar layak untuk memanfaatkan bantuan MyKasih. Antara syarat kelayakan adalah:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai dalam data eKasih atau penerima STR
- Kategori miskin/miskin tegar
- Tiada rekod pendapatan tetap
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Jumlah bantuan MyKasih berbeza mengikut kategori penerima yang layak sama ada kategori penerima STR sahaja atau kategori penerima eKasih. Jadual di bawah dapat memberi gambaran lebih jelas tentang kategori penerima yang terlibat & jumlah bantuan yang akan diperoleh.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN) | ISI RUMAH: RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) BUJANG: Tidak layak |
| PENERIMA STR & EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) | ISI RUMAH: RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) BUJANG: RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
SEMAKAN ONLINE BARANGAN MYKASIH
Penerima boleh membuat pembelian barangan asas di lebih 1200 kedai atau pasar raya yang terpilih bagi program bantuan ini. Jenis barangan yang boleh dibeli mungkin tertakluk kepada stok atau tawaran kedai/pasar raya yang terlibat. Terdapat 13 kategori barangan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA MyKasih seperti yang tertera dalam jadual berikut:
| KATEGORI BARANGAN | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| BARANGAN PERSEKOLAHAN | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
LOGIN SEMAKAN MYKASIH ONLINE
Bantuan Mykasih boleh disemak secara online untuk memudahkan para penerima yang layak menyemak bantuan mereka. Berikut merupakan langkah mudah untuk login semakan MyKasih:
CARA LOGIN MYKASIH UNTUK SEMAKAN
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Klik menu [Login] atau [MyKasih Individual Login]
– Terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
– Nombor MyKad
– Kata laluan (jika diperlukan)
– Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan. - Tekan butang [Login]
– Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
– Semak status kelayakan
– Semak baki bantuan
– Semak rekod transaksi - Nota Tambahan sekiranya lupa kata laluan;
– Klik [Forgot Password] & ikut arahan untuk reset melalui e-mel atau SMS (jika tersedia)
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan MyKasih Online Login ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]