PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI 2026)

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI 2026)

Bantuan STR 2026 bagi permohonan baru kini dibuka kepada individu dan isi rumah yang belum pernah menerima bantuan sebelum ini. Program ini memberi sokongan tunai kepada golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup. Semakan kelayakan boleh dibuat secara online melalui portal MySTR sebelum menghantar permohonan lengkap.

Teruskan membaca untuk mengetahui syarat kelayakan, proses permohonan baru dan cara menyemak status bantuan STR 2026.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026?

Permohonan baru bantuan STR 2026 terbuka kepada warganegara Malaysia berpendapatan isi rumah di bawah paras kelayakan yang ditetapkan. Kelayakan berbeza mengikut kategori isi rumah B40 & M40 serta warga emas. Perinciannya seperti di bawah:

KATEGORI ISI RUMAH

  • Kahwin.
  • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
  • Pendapatan RM5000 & ke bawah.

KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Bujang.
  • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman: Golongan bujang tidak layak di bawah STR mulai tahun 2026. Bantuan untuk mereka kini disalurkan melalui Program SARA.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR YANG DISALURKAN

Setiap isi rumah & warga emas akan menerima jumlah bantuan STR 2026 berbeza berdasarkan kelayakan mereka semasa permohonan. Butirannya seperti berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

CARA PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR

Bagi memudahkan permohonan & semakan status bantuan STR 2026, pendaftaran akaun MySTR diwajibkan kepada semua penerima sama ada sedia ada atau pengguna baru. Langkahnya seperti berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
CARA PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
CARA PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

Proses permohonan baru bantuan STR 2026 boleh dilakukan melalui portal MySTR secara online (https://bantuantunai.hasil.gov.my). Semak langkah lengkap permohonan baru bantuan STR 2026 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan :
    • “Berkahwin”;
    • “Bercerai”;
    • “Bujang”;
    • Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan :
    • Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada) :
    • Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
  11. Muat naik dokumen sokongan :
    • Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. Masukkan maklumat waris :
    • Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
  13. Sahkan kod Captcha :
    • Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
  14. Hantar borang permohonan :
    • Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
  15. Permohonan berjaya :
    • Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

BAGAIMANA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BARU BANTUAN STR?

Pastikan maklumat pemohon sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan sebarang isu kelayakan. Proses kemaskini maklumat permohonan baru bantuan STR boleh dilakukan di portal rasmi seperti langkah berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
BAGAIMANA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

Siapa yang perlu kemaskini maklumat STR 2026?

Semua penerima sedia ada WAJIB kemaskini sekiranya berlaku perubahan maklumat.

Saya nak mohon manual, boleh ke?

Boleh, dengan hadir ke cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil berhampiran.

Dokumen apa diperlukan untuk mohon manual?

Kad pengenalan, slip gaji atau penyata pendapatan, serta sijil nikah atau kelahiran anak.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Baru Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment