CARA MOHON SARA MYKASIH : (2025) PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN
Program SARA MyKasih 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima secara bulanan. Ini membolehkan para penerima membuat pembelian barang dapur di kedai/pasaraya yang terpilih.
Masih keliru cara nak mohon bantuan SARA MyKasih 2025? Jom buat semakan kelayakan dan panduan permohonan lengkap dalam artikel ini!
BACA JUGA: CEK STATUS TERKINI BANTUAN DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN SARA MYKASIH
Untuk layak menerima bantuan SARA MyKasih 2025, pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah/Bujang/Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2024.
CARA MOHON BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Untuk menerima bantuan barang asas Mykasih pengguna tidak perlu untuk membuat permohonan. Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun Mykad anda. Bakal penerima hanya perlu memastikan anda seorang penerima bantuan STR ataupun berada dalam senarai penerima bantuan eKasih. Semak langkah permohonan STR dan eKasih dibawah:
CARA MOHON STR

- Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Isi maklumat peribadi dengan lengkap, termasuk:
- Nombor MyKad.
- Maklumat pasangan & tanggungan (jika berkenaan).
- Maklumat pendapatan & akaun bank.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, slip gaji, & bil utiliti.
- Semak semula maklumat yang diisi & klik “Hantar” untuk menghantar permohonan.
PERMOHONAN SECARA MANUAL
- Dapatkan borang permohonan STR di pejabat LHDNM, Pejabat Satelit LHDNM, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Isi borang dengan lengkap & sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang & dokumen sokongan ke lokasi pengambilan borang.
Muat turun borang permohonan STR dibawah:
CARA MOHON EKASIH
Pendaftaran dalam sistem eKasih adalah penting untuk melayakkan diri menerima bantuan SARA MyKasih. Langkah pendaftaran adalah seperti berikut:
- Semakan Status
- Layari portal eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my/
- Klik pada pautan “Pendaftaran eKasih” & semak sama ada anda telah tersenarai.
- Pendaftaran Baru
- Jika belum tersenarai, hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berhampiran untuk mendaftar.
- Sediakan dokumen seperti:
- Salinan MyKad.
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan.
- Bil utiliti sebagai bukti alamat.
Pegawai akan membantu mengisi borang pendaftaran & maklumat akan dimasukkan ke dalam sistem eKasih
KESIMPULAN
Kesimpulannya, program SARA MyKasih merupakan satu usaha kerajaan dalam membantu golongan B40 dan miskin tegar. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan segera membuat permohonan melalui saluran yang betul agar tidak terlepas peluang menerima bantuan ini. Semakan dan permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah seperti yang telah dikongsikan. Semoga bermanfaat.
RUJUKAN
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my/
- Portal Rasmi MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Emel MyKasih: [email protected]