SEMAKAN MYKASIH ONLINE : CEK STATUS TERKINI BANTUAN 2025

SEMAKAN MYKASIH ONLINE : CEK STATUS TERKINI BANTUAN 2025

PENGENALAN

Melalui Belanjawan 2025, kerajaan terus prihatin dengan menyalurkan Bantuan SARA melalui program MyKasih bagi tahun ini. Program Bantuan MyKasih merupakan bantuan tertinggi dalam sejarah negara dan akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion.

Nak tahu anda layak atau tidak untuk menerima bantuan MyKasih? Semak panduan ini sampai habis!

BACA JUGA: SEMAK SENARAI TAMBAHAN BARANGAN YANG DILULUSKAN

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk menerima bantuan MyKasih. Antaranya adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori: Isi Rumah/Warga Emas Tiada Pasangan/Bujang
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima adalah berbeza mengikut kategori berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ASAS BUKAN MISKIN (STR SAHAJA)Isi Rumah: RM900 setahun
(RM100 sebulan April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan: RM450 setahun
(RM50 sebulan April-Disember)
MISKIN & MISKIN TEGAR (EKASIH)Isi Rumah: RM2,100 setahun
(RM100 sebulan Januari-Mac)
(RM200 sebulan April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,650 setahun
(RM100 sebulan Januari-Mac)
(RM150 sebulan April-Disember)
Bujang: RM600 setahun
(RM50 sebulan Januari-Disember)

SEMAKAN MYKASIH ONLINE

Terdapat 2 platform rasmi yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan rakyat membuat semakan bantuan MyKasih secara atas talian.

PORTAL RASMI MYKASIH

  • Layari https://mykasih.com.my/
  • Klik pada butang “Semak Status”
  • Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang)
  • Masukkan kod captcha yang dipaparkan
  • Klik “Semak Status”
  • Status kelayakan akan dipaparkan

PORTAL RASMI MYSTR

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik “Log Masuk”
  • Masukkan nombor MyKad & klik “Semak”
  • Sahkan kata kunci keselamatan & klik “Ya” jika betul
  • Masukkan kata laluan & klik “Log Masuk”
  • Klik pada “Semakan Permohonan”
  • Klik pada butang “Semakan 2025”
  • Status bayaran SARA akan dipaparkan

SEMAKAN BAKI MELALUI APLIKASI

Baki bantuan akan dibawa ke bulan berikutnya jika tidak digunakan sepenuhnya semasa pembelian. Baki yang tidak digunakan sehingga 31 Disember 2025 akan dikira sebagai luput. Ikuti langkah berikut untuk menyemak baki bantuan menggunakan Aplikasi MyKasih:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store/Apple App Store.
  2. Buka aplikasi & log masuk menggunakan nombor MyKad serta nombor telefon yang didaftarkan.
  3. Tandakan persetujuan terma & klik “Next”.
  4. Baki bantuan terkini akan dipaparkan pada skrin utama aplikasi.

KESIMPULAN

Program SARA MyKasih 2025 merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi. Dengan semakan status yang mudah dan bantuan yang disalurkan secara langsung ke dalam MyKad, diharapkan program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima yang layak. Semoga penerima bantuan juga dapat merancang perbelanjaan barang dapur dengan bijak dan berhemah.

RUJUKAN

1 thought on “SEMAKAN MYKASIH ONLINE : CEK STATUS TERKINI BANTUAN 2025”

Leave a Comment