BANTUAN STR BUJANG KEMASKINI : (FASA 3 2025) PANDUAN LENGKAP KEMASKINI MAKLUMAT DAN PENDAPATAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif prihatin Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Dengan bajet sebanyak 13 billion ringgit, bantuan STR disalurkan secara berperingkat kepada individu yang layak, termasuk golongan bujang, isi rumah dan warga emas. Sumbangan ini bukan sahaja memberi kelegaan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Manfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya dan sentiasa memastikan maklumat peribadi dikemaskini agar proses permohonan berjalan lancar.
BACA JUGA: CARA LOG MASUK STR UNTUK SEMAKAN FASA 3 2025
KEMASKINI STR BUJANG FASA 3 2025
Sedang anda menanti Bantuan STR Bujang Fasa 3 tahun 2025, satu perkara penting yang tidak boleh diabaikan ialah proses kemaskini maklumat peribadi dan pendapatan. Kemaskini ini bukan sahaja memastikan anda terus layak menerima bantuan, malah membantu pihak LHDN menyalurkan bayaran dengan lebih tepat dan lancar. Kami sediakan panduan lengkap dan mudah difahami untuk kemaskini STR Bujang 2025, termasuk langkah-langkah penting, dokumen sokongan yang diperlukan dan tarikh penting yang perlu diberi perhatian.
Jangan lepaskan peluang! Pastikan maklumat anda sentiasa dikemas kini untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses semakan atau pembayaran. Semak panduan lengkap di bawah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Sebelum membuat kemaskni, pastikan pemohon menyemak dahulu syarat yang ditetapkan bagi penerima bantuan.
- ISI RUMAH
- Pendapatan rm5,000 ke bawah
- Berkahwin atau;
- Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan rm5,000 ke bawah
- Bujang atau;
- Ibu / bapa tunggal yang tiada tanggungan
- Umur 60 tahun ke atas
- BUJANG
- Bujang atau;
- Ibu / bapa tunggal yang tidak mempunyai tanggungan
- Umur 19 hingga 59 tahun
- Bujang (OKU) 19 tahun ke atas
- Tidak menuntut di IPT/IPTS sepenuh masa
- Pendapatan rm2,500 ke bawah
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Tarikh pengkreditan bantuan STR 2025 adalah diberikan melalui beberapa fasa. Berikut merupakan fasa dan tarikh pengagihan bantuan:
| FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| SATU (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
| DUA (2) | 24 April 2025 |
| TIGA (3) | Belum diumumkan |
| EMPAT (4) | Belum diumumkan |
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR BUJANG 2025
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2025 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Rm2,500 Ke Bawah | 5 orang anak ke atas : Rm2,500 3 & 4 orang anak : Rm2,000 1 & 2 orang anak : Rm1,500 Tiada anak : Rm1,000 |
| Isi Rumah Pendapatan Rm2,501 – Rm5,000 | 5 orang anak ke atas : Rm1,250 3 & 4 orang anak : Rm1,000 1 & 2 orang anak : Rm750 Tiada anak : Rm500 |
| Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan Bawah Rm5,000 | Rm600 |
| Bujang Pendapatan Rm2,500 Ke Bawah | Rm600 |
CARA AGIHAN BANTUAN TUNAI STR 2025
| JENIS BANTUAN | CARA AGIHAN |
|---|---|
| STR 2025 | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima secara berfasa atau Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berfasa |
CARA KEMASKINI BANTUAN STR BUJANG 2025
Permohonan untuk kemaskini dibuka sepanjang tahun 2025. Sila ikuti panduan lengkap di bawah bagi mengemaskini maklumat terkini pemohon:
- Layari laman rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Klik butang kemaskini setelah berjaya log masuk MySTR
- Lengkapkan maklumat permohonan
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi
- Tekan butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] ruangan berikut
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
– Tekan YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyST
– Klik KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR - CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan
KESIMPULAN
Kemaskini Bantuan STR Bujang Fasa 3 2025 adalah langkah penting bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima yang benar-benar layak. Dengan mengikuti panduan yang betul dan memastikan semua maklumat diri serta pendapatan dikemas kini diisi dengan tepat, anda bukan sahaja mengelakkan risiko permohonan ditolak, malah memudahkan proses semakan dan bayaran. Pastikan anda tidak terlepas tarikh akhir kemaskini dan sentiasa rujuk portal rasmi STR untuk maklumat terkini. Ambil tindakan sekarang agar bantuan kewangan yang disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
RUJUKAN
Panduan kemaskini STR Bujang 2025 ini ditulis berdasarkan sumber sahih semasa penulisan. Tujuan artikel diterbitkan adalah bagi memudahkan rujukan awal kepada pemohon untuk membuat kemaskini maklumat. Pemohon disarankan merujuk laman rasmi STR atau pergi terus ke cawangan pejabat untuk sebarang pertanyaan dan info yang terkini untuk maklumat.
- Laman rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR MoF: 03-8882 4565 / 8882 4566
- Emel: [email protected]
- Alamat: Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592, Putrajaya