SEMAK SAMAN ONLINE : LANGKAH SEMAKAN MUDAH SAMAN POLIS & JPJ

SEMAK SAMAN ONLINE : LANGKAH SEMAKAN MUDAH SAMAN POLIS & JPJ

Kini semak saman online lebih mudah kerana pelbagai platform telah disediakan. Rakyat tidak perlu lagi hadir ke kaunter balai polis atau JPJ kerana semak saman hanya di hujung jari sahaja. Hal ini sekaligus dapat menjimatkan masa & melancarkan urusan harian.

Oleh itu, dalam artikel kali ini kami akan sediakan info lengkap tentang langkah semakan mudah saman polis & JPJ. Langkah ini lebih pantas & mudah jika mengikut cara yang betul.

BACA JUGA: PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025

PENGENALAN

Terdapat beberapa langkah untuk semak saman online. Jadi, kami akan memberi info lengkap tentang langkah semakan mudah saman polis & JPJ. Semakan boleh dilakukan secara atas talian hanya dengan menggunakan nombor plat kenderaan atau nombor MyKad.

LANGKAH SEMAKAN MUDAH SAMAN POLIS

1- Portal MyBayar Saman (PDRM)

  • Layari https://mybayar.rmp.gov.my/.
  • Daftar akaun baharu atau log masuk (jika sudah berdaftar).
  • Pilih menu “Semakan Saman”.
  • Masukkan nombor plat kenderaan atau nombor kad pengenalan.
  • Klik “Semak” untuk melihat senarai saman.
  • Pembayaran boleh terus dibuat melalui portal ini.

2- Portal MyEG

  • Layari https://www.myeg.com.my/.
  • Daftar akaun baharu atau log masuk (jika sudah berdaftar).
  • Pilih perkhidmatan “Semakan Saman PDRM”.
  • Masukkan nombor plat kenderaan atau nombor kad pengenalan.
  • Semakan & bayaran saman secara dalam talian.

3- Portal RILEK

  • Layari https://www.rilek.com.my/.
  • Daftar akaun baharu atau log masuk (jika sudah berdaftar).
  • Pilih perkhidmatan “Semakan Saman PDRM”.
  • Masukkan nombor plat kenderaan atau nombor kad pengenalan.
  • Semakan & bayaran saman secara dalam talian.

4- Melalui SMS

  • Taip: POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan]
  • Hantar SMS ke 15888 atau 32728.
  • Anda akan menerima balasan dengan butiran saman jika ada. Caj Perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap penghantaran & penerimaan mesej.

LANGKAH SEMAKAN MUDAH SAMAN JPJ

1- Portal MySikap (JPJ)

  • Layari https://public.jpj.gov.my/public/.
  • Daftar akaun baharu atau log masuk (jika sudah berdaftar).
  • Pilih perkhidmatan “Semakan Saman JPJ”.
  • Masukkan nombor plat kenderaan atau nombor kad pengenalan.
  • Semakan & bayaran saman secara dalam talian.

2- Aplikasi MyJPJ

  • Muat turun aplikasi MyJPJ dari Google Play Store atau Apple App Store.
  • Daftar akaun baharu atau log masuk (jika sudah berdaftar).
  • Pilih menu “Semakan Saman”.
  • Masukkan nombor plat kenderaan atau nombor kad pengenalan.
  • Semakan & bayaran saman secara dalam talian.

3- Melalui SMS

  • Taip: JPJ SAMAN [No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan]
  • Hantar SMS ke 15888.
  • Anda akan menerima balasan dengan butiran saman jika ada. Caj Perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap penghantaran & penerimaan mesej.

KESIMPULAN

Semak saman online kini menjadi lebih mudah jika berpandukan langkah yang betul. Semoga artikel ini dapat memberikan panduan yang jelas agar para pembaca dapat membuat semakan online tanpa perlu hadir ke balai atau jabatan yang berkaitan. Hal ini sekaligus dapat menjimatkan masa dan mengelakkan berlakunya tunggakan saman.

PENAFIAN

Artikel ini hanya bertujuan sebagai panduan sahaja. Segala info & perubahan terkini tertakluk kepada pihak berkuasa. Sila layari laman rasmi portal PDRM, JPJ, dan MyEG untuk maklumat lebih tepat. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang perubahan maklumat oleh pihak yang berkaitan.

Leave a Comment