STR 2026 WARGA EMAS : SEMAK KELAYAKAN, JUMLAH BAYARAN & CARA MOHON
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 terus memberi tumpuan kepada golongan warga emas sebagai antara penerima utama bantuan. Bantuan ini bertujuan meringankan beban sara hidup penerima berusia 60 tahun ke atas yang layak mengikut syarat ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Melalui artikel ini, anda boleh ketahui dengan lebih jelas tentang kelayakan, jumlah bayaran dan cara permohonan STR 2026 untuk warga emas.
Ikuti artikel ini hingga akhir untuk maklumat lanjut berkaitan STR 2026 Warga Emas.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR WARGA EMAS 2026?
Tidak ada perubahan besar pada syarat kelayakan STR 2026, cuma ada sedikit penambahbaikan untuk memastikan bantuan diagih secara adil dan telus. Berikut senarainya:
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak lagi menerima STR pada tahun 2026, sebaliknya bantuan diteruskan melalui Program SARA.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 WARGA EMAS YANG AKAN DIPEROLEH?
Bayaran STR 2026 yang diagihkan mengikut kategori penerima warga emas tanpa pasangan adalah sebanyak RM600. Berikut maklumat lanjut:
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | RM600 |
CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR & SEMAKAN STATUS
Bermula tahun 2026, semua penerima STR termasuk pengguna baharu dan sedia ada perlu mendaftar akaun MySTR bagi melancarkan semakan status dan akses maklumat bantuan. Berikut langkahnya:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

BAGAIMANA CARA STR 2026 WARGA EMAS DI MOHON?
Bagi memudahkan proses permohonan STR 2026, pemohon boleh memilih sama ada mengisi secara online di portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau menghantar borang manual di kaunter LHDN. Berikut panduannya:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
CARA KEMASKINI PERMOHONAN STR 2026 WARGA EMAS
Kemaskini maklumat STR 2026 anda dengan mudah melalui portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi memastikan data penerima adalah yang terbaru. Semak langkah-langkah di bawah:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Bayaran dijangka dibuat secara berperingkat mulai awal tahun 2026 mengikut jadual fasa yang akan diumumkan kerajaan.
Ya, penerima disaran kemas kini maklumat peribadi dan status pendapatan bagi memastikan kelayakan diteruskan.
Ya, program ini diselaraskan oleh kerajaan persekutuan dan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR 2026 Warga Emas ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/