SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH 2026 & LIST KEDAI YANG BERDAFTAR
Bantuan MyKasih 2026 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membantu penerima membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad mereka. Kredit ini hanya boleh dibelanjakan untuk barangan tertentu di kedai berdaftar MyKasih/SARA di seluruh Malaysia.
Maklumat tambahan dan contoh turut tersedia di bahagian bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN STR 2026
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH 2026
Berikut ialah senarai kategori barangan asas yang lazimnya diluluskan untuk dibeli menggunakan bantuan SARA MyKasih 2026. Senarai barangan SARA MyKasih ini merupakan pengembangan daripada kategori yang dilaksanakan pada tahun sebelumnya (2025), dan dijangka diteruskan untuk 2026:
| KATEGORI BARANG SARA | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| KEPERLUAN SEKOLAH | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| BARANGAN KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |

SENARAI KEDAI SARA MYKASIH YANG BERDAFTAR
Penerima boleh menggunakan kredit SARA MyKasih untuk pembelian barangan asas di beribu senarai kedai berdaftar di seluruh negara. Terdapat banyak lokasi kedai yang menyokong program ini dari pasar raya besar hingga kedai runcit tempatan. Berikut adalah contoh senarai kedai barangan SARA MyKasih 2026 yang berdaftar:
| Jenis Kedai | Contoh / Nama Kedai |
|---|---|
| 🛒 Pasar Raya Besar | Mydin, Giant, AEON Big, Lotus’s |
| 🏪 Kedai Runcit / Mini Market | 99 Speedmart, TF Value‑Mart, KK Super Mart |
| 🏬 Lain-lain / Tempatan | Kedai tempatan berdaftar ikut negeri / kawasan penerima |
(Setiap negeri biasanya mempunyai variasi senarai kedai berdaftar untuk pembelian barangan SARA MyKasih 2026 yang berdekatan dengan lokasi penerima)
📍 Cara semak kedai berdekatan:
Gunakan pautan senarai rasmi di portal MyKasih / SARA:
👉 https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA BELI BARANGAN SARA MYKASIH GUNA MYKAD
Semua pembelian barangan dalam senarai SARA MyKasih 2026 mesti dibuat menggunakan MyKad di premis yang diluluskan, dan hanya barangan yang dibenarkan boleh dibeli. Sila rujuk panduan ringkas di bawah untuk membuat pembelian:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2026
Maklumat rasmi mengenai syarat kelayakan Bantuan SARA MyKasih 2026 masih belum diumumkan, tetapi biasanya ia mengikuti garis panduan tahun sebelumnya.
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2026
Tarikh rasmi pembayaran Bantuan SARA MyKasih 2026 masih belum diumumkan, oleh itu penerima dinasihatkan mengikuti maklumat terkini dari kerajaan.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih 2026 diberikan mengikut kategori penerima, dengan jumlah bayaran berbeza mengikut status isi rumah dan dikreditkan terus ke MyKad. Butirannya seperti di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Sebagai tambahan, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 one-off sekitar pertengahan Februari, hasil penjimatan subsidi kerajaan.

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026
Status SARA MyKasih 2026 boleh disemak melalui Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal SARA di sara.gov.my, atau melalui talian 1-800-88-2747. Berikut adalah langkah semakan penuh:
SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ)
SARA MyKasih 2026 hanya boleh digunakan untuk barangan dalam senarai kategori asas yang diluluskan, bukan semua makanan atau barang segar.
Label “MyKasih / SARA” pada rak atau imbas kod bar dengan aplikasi MyKasih.
Hanya di kedai berdaftar MyKasih / SARA yang menyokong sistem.
Anda perlu tambah tunai sendiri untuk lebihan bayaran.
Banyak kedai dapat pisahkan item yang layak dan tidak layak pada kaunter, tetapi pastikan maklumkan kepada juruwang.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Senarai Barangan SARA MyKasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/