SEMAKAN STATUS SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANGAN MYKASIH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Melalui Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan dana khusus bagi membantu golongan B40 dan sebahagian M40 yang layak untuk meringankan kos sara hidup harian. Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai ke dalam MyKad membolehkan penerima membuat pembelian di kedai terpilih tanpa perlu mengeluarkan wang tunai. Jumlah penerima bantuan ini melibatkan 5.4 juta penerima di seluruh negara. Tujuan utama SARA MyKasih adalah untuk mengurangkan beban kewangan keluarga, terutama dalam menghadapi kenaikan harga barang keperluan asas.
Dengan adanya semakan status kelayakan SARA 2025 secara dalam talian, penerima dapat mengetahui dengan mudah sama ada mereka tersenarai untuk menerima manfaat bantuan ini atau tidak. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.
BACA JUGA: CHECK SENARAI BARANG DAPUR BANTUAN RM100 SARA 2025
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Bantuan SARA ini diberikan kepada golongan B40 dan M40, tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi oleh pemohon kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah butirannya:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH MASUK DUIT SARA?
Bayaran Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA DIKREDITKAN?
Setiap kategori kelayakan dalam program SARA MyKasih mempunyai kadar bantuan yang berbeza. Bagi golongan B40, jumlah bantuan adalah antara RM600 hingga RM2100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Semua bayaran ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima. Jadual berikut menunjukkan pecahan bantuan:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF RM100

- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
CARA GUNA SARA BAGAIMANA?
Penerima bantuan SARA boleh mengikuti langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk menggunakan bantuan MyKasih yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
APA KATEGORI BARANGAN SARA & SENARAI KEDAI MYKASIH?
Terdapat 14 kategori barangan yang diluluskan dalam pembelian barangan SARA di lebih 4600 kedai rakan niaga MyKasih seperti butiran di bawah:

- Beras, roti, telur, tepung & biskut.
- Minyak masak, makanan dalam tin & bahan perasa.
- Minuman & mi segera.
- Ubat-ubatan & keperluan sekolah.
- Produk kebersihan diri & rumah.
- Antara kedai popular yang aktif sebagai rakan MyKasih:
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- Billion
- The Store
- Aeon Big
- TF Value Mart
- 99 Speedmart
- KK Super Mart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Super Seven
NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
BAGAIMANA SEMAKAN STATUS SARA DIBUAT?
Untuk mengetahui status bantuan SARA, penerima boleh membuat semakan secara online melalui dua portal rasmi iaitu Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:
SEMAKAN STATUS SARA MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN STATUS SARA MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Status SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Pengumuman Belanjawan 2025 (Kementerian Kewangan Malaysia) : https://www.treasury.gov.my/index.php/en/budget