SEMAKAN SARA ONE OFF 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100 DALAM MYKAD

SEMAKAN SARA ONE OFF 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100 DALAM MYKAD

Bantuan tunai SARA One-Off RM100 bagi tahun 2025 kini menjadi antara inisiatif penting kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi tekanan ekonomi semasa. Melalui pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, bantuan ini diberikan sebagai penghargaan kepada rakyat yang terus menyokong kestabilan dan kemajuan negara. Dengan hanya menggunakan MyKad, penerima yang layak boleh membeli barangan asas tanpa perlu membawa wang tunai. Bantuan ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, malah menzahirkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat.

Bagaimanakah cara membuat semakan SARA One Off 2025 ini? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CHECK BANTUAN TERKINI MADANI RM100 DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF

Bantuan one off SARA ini terbuka kepada semua individu dewasa. Tiada permohonan diperlukan. Syarat utama yang perlu dipenuhi termasuklah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Pembayaran SARA RM100 secara one off dijadualkan mula disalurkan berdasarkan maklumat berikut:

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
  • Mulai 31 Ogos 2025, penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas sehingga bantuan ini tamat pada 31 Disember 2025.

JUMLAH SARA ONE OFF 2025

  • Individu dewasa berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan SARA One Off RM100 secara automatik ke dalam MyKad, tanpa mengira status – sama ada bujang, berkahwin, atau warga emas.
  • Ahli keluarga di bawah tanggungan isi rumah juga tetap layak jika berumur 18 tahun ke atas.
  • Contoh agihan: Suami RM100, Isteri RM100, Anak yang masih belajar di universiti pun dapat RM100.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan untuk menggunakan RM100 SARA One Off yang telah dikreditkan ke dalam MyKad secara tanpa tunai:

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

SEMAKAN SARA ONE OFF 2025

Untuk mengetahui kelayakan menerima bantuan RM100 secara one off, dua pilihan semakan online disediakan. Ikuti panduan dan platform rasmi berikut:

SEMAKAN SARA MELALUI PORTAL MYSTR

LOGIN SEMAKAN SARA ONE OFF 2025
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN SARA MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN SARA ONE OFF 2025
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan SARA One Off ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment