SEMAK STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)
Kerajaan Negeri Sabah meneruskan pelaksanaan Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 tahun 2025 bagi meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan ini disasarkan kepada isi rumah yang layak termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Usaha ini membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Penerima yang layak digalakkan untuk semak status bantuan SYUKUR Sabah bagi mengetahui kelayakan, jumlah bantuan serta tarikh agihan rasmi. Segala maklumat terkini telah kami kongsikan di sini.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?
Bantuan SYUKUR Sabah ialah inisiatif tunai bersasar yang mula dilaksanakan pada awal 2025 oleh Kerajaan Negeri Sabah. Pemilihan penerima dibuat secara automatik melalui PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah) dan sistem eKasih, bagi memastikan hanya keluarga berpendapatan rendah yang benar-benar layak menerima. Setiap fasa menyalurkan RM900, iaitu RM300 sebulan untuk tiga bulan.
SYARAT KELAYAKAN STATUS SYUKUR SABAH
Ada beberapa syarat asas dan syarat khas yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima bagi memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Berikut adalah perincian syarat yang perlu dipenuhi:
SYARAT ASAS SYUKUR SABAH
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
- Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).
SYARAT KHAS SYUKUR SABAH MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
- B40 (pendapatan < RM1,218)
- Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
- M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
- Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.
BILA TARIKH BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3?
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah diagihkan secara berperingkat melalui empat fasa keseluruhan. Fasa 1 dan Fasa 2 telah selesai dikreditkan kepada penerima. Bagi Fasa 3, pembayaran dijadualkan pada bulan September. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat setiap fasa:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | JANUARI 2025 |
FASA 2 | APRIL 2025 |
FASA 3 | SEPTEMBER 2025 |
FASA 4 | NOVEMBER 2025 |
BERAPA JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH YANG DIAGIHKAN?
Setiap penerima layak akan menerima jumlah bayaran yang ditetapkan, iaitu RM900 bagi kategori miskin dan RM1800 bagi kategori miskin tegar (melibatkan dua penerima dalam satu isi rumah). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk jadual di bawah:
FASA BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | RM900 |
FASA 2 | RM900 |
FASA 3 | RM900 |
FASA 4 | RM900 |
BAGAIMANA CARA BANTUAN SYUKUR SABAH DISALURKAN?
Bantuan SYUKUR Sabah disalurkan melalui tiga cara utama, iaitu kredit terus ke akaun bank penerima, bayaran tunai secara fizikal dan juga kredit ke dalam eWallet YONO. Berikut adalah butirannya:
- Kredit terus ke akaun bank penerima.
- Tunai secara fizikal.
- Kredit ke dalam eWallet YONO.
SEMAK STATUS SYUKUR SABAH
Penerima boleh menyemak status Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 secara online melalui dua saluran utama, iaitu laman rasmi syukur.sabah.gov.my dan aplikasi Yono Superapp. Ikuti langkah semakan lengkap seperti di bawah:
SEMAK STATUS SYUKUR SABAH MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Tekan butang Semak
- Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

SEMAK STATUS SYUKUR SABAH MELALUI APLIKASI
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
- Log masuk atau daftar akaun.
- Pilih menu Bantuan SYUKUR.
- Status bayaran & baki akan terpapar.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK STATUS SYUKUR SABAH
PADANS menyimpan rekod isi rumah miskin di Sabah dan menjadi rujukan utama untuk menentukan kelayakan.
eKasih digunakan sebagai pangkalan data nasional bagi mengenal pasti isi rumah berpendapatan rendah.
Penerima boleh membuat aduan atau semakan lanjut melalui portal rasmi.
Tidak, ia adalah inisiatif khas daripada Kerajaan Negeri Sabah.
Keputusan pelaksanaan seterusnya bergantung kepada kerajaan negeri.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Status SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my
- Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
- Talian Whatsapp: 010-5828207