SEMAK BAYARAN RM100 SARA : SEMAKAN STATUS MASUK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi program MyKasih diteruskan lagi pada tahun 2025 sebagai salah satu langkah kerajaan membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Di bawah Belanjawan 2025, setiap penerima layak akan menerima bayaran RM100 sebulan yang dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai atau pasar raya terpilih. Bantuan ini menyasarkan golongan B40 dan M40 yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih atau penerima STR. Bagi memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan, semakan status bayaran RM100 boleh dibuat secara dalam talian bagi mengetahui sama ada bantuan telah dikreditkan atau belum. Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memberi sokongan berterusan kepada golongan yang terkesan.
Bagaimanakah cara semak bayaran RM100 SARA? Ikuti info lengkap yang telah disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: CHECK STATUS TERKINI BANTUAN MY SARA 2025
SYARAT KELAYAKAN RM100 SARA
Bantuan RM100 SARA hanya akan disalurkan kepada pemohon yang memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100
Bayaran SARA RM100 diagihkan pada tarikh berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti maklumat berikut:
- Penerima STR & eKasih:
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima STR sahaja:
- Bermula April hingga Disember 2025
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA
Jumlah bantuan MyKasih yang diterima akan berbeza mengikut kategori, dan ia akan dikreditkan terus ke MyKad mereka. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kategori penerima dan jumlah bantuan:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*TERKINI BANTUAN TAMBAHAN ONE-OFF SARA UNTUK SEMUA RM100
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

CARA GUNA BANTUAN RM100
Penerima yang layak boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan SARA RM100 yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
SEMAK BAYARAN RM100 SARA
Penerima RM100 SARA boleh menyemak bantuan mereka melalui dua saluran digital rasmi. Di bawah ini disertakan langkah semakan dan pautan portal:
SEMAK RM100 SARA MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAK RM100 SARA MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semak Bayaran RM100 SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]