PERMOHONAN WANG SAKU PELAJAR : BANTUAN RM1200 UNTUK PENUNTUT IPT SARAWAK
Mulai 1 Mei 2025 Kerajaan Negeri Sarawak Melalui Yayasan Sarawak telah membuka permohon bantuan Rm1200 bagi pelajar IPT kelahiran Sarawak. Pendaftaran ini dibuka untuk dua fasa bagi tahun 2025. Permohonan boleh dibuat dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan dibuka.
Baca Juga: Permohonan Bantuan Sara Hidup Rm300 Sebulan Untuk Nelayan
PENGENALAN
Bantuan Kewangan Khas merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak bagi meringankan beban pelajar IPT dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup masa kini. Bantuan ini disalurkan dalam dua fasa dimana Rm600 disalurkan pada setiap fasa. Dengan kerjasama S Pay Global kaedah penyaluran ini lebih cekap dan memudahkan para pelajar. Semak artikel penuh untuk panduan lebih lengkap.
SEMAK KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat yang ditetapkan untuk membuat permohonan:
Anak Jati Sarawak
- Permohonan ini hanya dibuka untuk anak kelahiran Sarawak atau sekurang-kurangnya ibu bapa atau penjaga merupakan warga asal Sarawak.
Pengajian Spenuh Masa IPT
- Pemohon sedang mengikuti pengajian dalam peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda IPTA/IPTS semasa permohonan dibuat.
Pengesahan dari Institusi Pengajian
- Pemohon perlu mendapatkan pengesahan rasmi dari pihak Institusi Pengajian sebagai bukti pengajian.
PERMOHONAN WANG SAKU PELAJAR
Semak langkah mudah permohonan setelah anda mencukupi syarat yang ditetapkan:
1. Daftar akaun Sarawak ID
Untuk membuat permohonan, pelajar perlu mempunyai Sarawak ID untuk log masuk. Layari portal My Yayasan Sarawak untuk mendaftar.

2. Daftar Akaun S Pay Global
- Muat turun aplikasi S Pay Global melalui Play Store atau Apple App Store dan daftar akaun e-wallet untuk penyaluran bantuan.
3. Mohon Melalui Laman Rasmi My Yayasan Sarawak
- Akses portal rasmi Yayasan Sarawak di https://myys.yayasansarawak.org.my/
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID.
- Tekan pada menu Bantuan Kewangan Khas.
- Lengkapkan semua maklumat yang diminta dan muat naik dokumen berikut:
- Salinan MyKad
- Surat tawaran IPT
- Slip pendaftaran semasa
- Penyata akaun bank (jika diminta)
- Borang pengesahan daripada IPT (muat turun dan dapatkan tandatangan universiti)
4. Hantar Permohonan
- Setelah semua dokumen lengkap dan disahkan, sila tekan submit
- Semak status permohonan dari masa ke semasa di portal Myyayasan
KESIMPULAN
Bantuan Kewangan Khas yang bernilai RM1200 setahun sememangnya merupakan salah satu inisiatif yang terbaik bagi membolehkan anak-anak pelajar IPT yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan bercirikan sokongan sampingan yang bersifat kewangan sepanjang musim pengajian mereka. Ini adalah penting supaya para pelajar lebih fokus kepada pembelajaran dan tidak terbeban dengan kekangan kewangan. Jangan ketinggalan untuk menerima bantuan khas yang disediakan khusus bagi anda demi masa depan pendidikan anda. Kerajaan Sarawak menanti anda mendaftar sebelum 1 Jun 2025.
PENAFIAN
Artikel ini hanya bertujuan dan ditulis sebagai panduan untuk membantu pemohon membuat semakan awal untuk permohonan. Segala perubahan dasar dan ketetapan adalah bergantung kepada pengumuman rasmi pihak berwajib.
Pemohon boleh merujuk portal rasmi Yayasan Sarawak atau menghubungi terus pejabat Yayasan Sarawak bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
- Laman Rasmi : https://myys.yayasansarawak.org.my/
- Email : ys@yayasansarawak.org.my
- No Tel : 082-441686