BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN : (ESHN) SEMAK BANTUAN RM300 UNTUK NELAYAN
Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan melalui (LKIM) mengumumkan elaun bulanan sebanyak Rm250 hingga Rm300 (bergantung pada zon) kepada para nelayan melalui program Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN). Ini bagi membantu kelangsungan hidup para nelayan terutamanya pada musim tengkujuh.
Baca Juga: Bantuan Wang Saku Rm1200 Untuk Pelajar IPT Dari Sarawak
CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN
1. Nelayan Berdaftar
- Untk membuat permohonan, pemohon mestilah memastikan telah berdaftar dengan (DOF) atau LKIM, sila buat pendaftaran nelayan terlebih dahulu di pejabat perikanan berhampiran.
2. Pengumpulan Dokumen
- Salinan kad pengenalan (MyKad).
- Salinan lesen nelayan/lesen vesel.
- Bukti akaun bank aktif (jika perlu).
- Surat akuan atau dokumen sokongan aktiviti menangkap ikan.
3. Isi Borang Permohonan
- Borang permohonan boleh didapati di pejabat LKIM daerah atau dimuat turun melalui laman web rasmi LKIM.
4. Hantar Permohonan
- Serahkan borang lengkap beserta dokumen sokongan di pejabat LKIM daerah anda.
5. Proses Semakan dan Pengesahan
- Pegawai akan membuat lawatan atau panggilan untuk mengesahkan aktiviti penangkapan ikan anda.
6. Kelulusan dan Bayaran
- Jika permohonan diluluskan, elaun akan dikreditkan terus ke akaun bank anda setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN
Pastikan pemohon menyemak dahulu syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan supaya proses berjalan dengan lancar. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Waganegara Malaysia
- Berdaftar sebagai nelayan dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) atau LKIM.
- Aktif menjalankan aktiviti menangkap ikan.
- Mempunyai lesen vesel atau lesen nelayan individu yang sah.
- Tidak mempunyai pendapatan tetap lain yang melebihi paras tertentu (bergantung kepada garis panduan semasa).
- Tidak menerima bantuan lain yang bertindih daripada agensi kerajaan yang sama.
Nota penting: Permohonan boleh ditolak sekiranya didapati nelayan tidak aktif atau hanya sekadar berdaftar tanpa aktiviti.
KESIMPULAN
Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah perlu bertujuan untuk membantu nelayan di Malaysia agar terus aktif dalam sektor perikanan. Sekiranya anda layak, jangan lepaskan peluang untuk memohon elaun RM300 sebulan ini. Sila penuhi semua syarat, lengkapkan permohonan, dan semak secara berkala. Lebih banyak informasi dapat diakses dari website LKIM atau kunjungi pejabat LKIM setempat.
PENAFIAN
Informasi dalam artikel ini disediakan hanya untuk tujuan referensi dan panduan. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesalahan atau perubahan dasar setelah tarikh ini dikeluarkan. Para pemohon disaran untuk menghubungi langsung pejabat LKIM atau DOF untuk informasi terbaru dan perubahan dalam syarat kelayakan. Atau boleh merujuk terus ke portal rasmi LKIM https://www.lkim.gov.my