PERMOHONAN ERUMAH JOHOR : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

PERMOHONAN ERUMAH JOHOR : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Program eRumah Johor diwujudkan bagi membantu rakyat negeri Johor memiliki rumah pertama pada harga mampu milik melalui pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan pelbagai skim perumahan lain. Inisiatif ini memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli rumah dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran semasa.
Permohonan dibuat sepenuhnya secara atas talian, memudahkan pemohon menyemak kelayakan, membuat permohonan dan memantau status tanpa perlu hadir ke pejabat.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui syarat kelayakan, cara permohonan dan panduan lengkap eRumah Johor.

BACA JUGA: RUMAH MESRA RAKYAT 2025 PERMOHONAN

APA ITU ERUMAH JOHOR?

Program ini merupakan platform rasmi Kerajaan Negeri Johor untuk menguruskan permohonan rumah mampu milik. Melaluinya, pemohon boleh memohon rumah jenis RMMJ dan skim lain yang diluluskan kerajaan. eRumah Johor membantu rakyat mendapatkan rumah pertama dengan proses lebih mudah dan telus.

APA SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN ERUMAH JOHOR?

Setiap pemohon perlu memenuhi syarat ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan rumah diberi kepada golongan benar-benar layak. Syarat asas yang biasanya diperlukan untuk permohonan eRumah Johor termasuk:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon lahir / menetap / bekerja di negeri Johor.
  • Pemohon & pasangan tidak memiliki rumah (kecuali permohonan rumah kedua kategori tertentu).
  • Hanya satu permohonan dibenarkan bagi setiap pasangan suami isteri.
  • Pendapatan isi rumah mengikut kategori rumah:
JENIS RUMAH MAMPU MILIK JOHORHARGA RUMAHHAD MAKSIMUM PENDAPATAN
JENIS ARM42,000RM4,000
JENIS BRM80,000RM6,000
JENIS CRM150,000RM8,000
JENIS DRM250,000 – RM300,000RM10,000
KEDAI KOS SEDERHANA (KKS)RM200,000RM13,000

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Dokumen diperlukan bagi mengesahkan identiti, status kewangan & kelayakan. Pastikan semua dokumen jelas dan sah untuk mengelakkan permohonan eRumah Johor ditolak. Dokumen yang biasanya diperlukan:

  • Salinan MyKad pemohon & pasangan
  • Sijil lahir anak (jika berkaitan)
  • Slip gaji 3 bulan terkini / pengesahan pendapatan
  • Penyata KWSP
  • Surat nikah / cerai / kematian pasangan (jika berkaitan)
  • Surat majikan atau bukti bekerja di negeri Johor
  • Dokumen tambahan mengikut projek

PERMOHONAN ERUMAH JOHOR

Proses permohonan dilakukan secara online melalui portal rasmi. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat sebelum dihantar. Langkah permohonan lengkap eRumah Johor seperti berikut:

  1. Layari portal eRumah Johor: https://pkpj.johor.gov.my/login
  2. Daftar akaun baharu dan log masuk.
  3. Kemaskini profil pemohon dan maklumat pasangan.
  4. Pilih projek perumahan yang dibuka untuk permohonan.
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
  6. Semak semula semua maklumat dan klik Hantar Permohonan.
  7. Cetak slip pengesahan sebagai rujukan.
PERMOHONAN ERUMAH JOHOR

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN ERUMAH JOHOR?

Semakan status boleh dibuat secara online tanpa perlu hadir ke kaunter. Keputusan permohonan perlu ditunggu sehingga proses verifikasi dan tapisan selesai. Cara semak status permohohan eRumah Johor adalah:

  1. Log masuk ke akaun eRumah Johor: https://pkpj.johor.gov.my/login
  2. Klik menu Status Permohonan
  3. Paparan akan menunjukkan status permohonan eRumah Johor:
    • Dalam Proses, Lulus, Tidak Lulus atau Senarai Menunggu
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN ERUMAH JOHOR

INSENTIF BAUCAR RUMAH MAMPU MILIK JOHOR RM1,000

Kerajaan Negeri Johor menyediakan baucar bernilai RM1,000 sebagai sokongan tambahan kepada pemohon rumah mampu milik yang berjaya. Insentif ini bertujuan mengurangkan kos permulaan pemilikan rumah dan membantu warga Johor memulakan kehidupan di kediaman baharu dengan lebih mudah. Baucar ini hanya diberikan kepada kategori projek tertentu dan perlu dituntut mengikut prosedur rasmi yang ditetapkan kerajaan negeri.

Syarat Kelayakan Baucer RM 1,000 Rumah Mampu Milik Johor

  • Pembeli memiliki Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) yang dikeluarkan oleh PKPJ.
  • Telah menerima Surat Serahan Dokumen Milikan Kosong (Vacant Possession) dari pemaju mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2025.
  • Pembeli dan pasangan tidak pernah menerima pemberian baucar ini.

Dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
  • Salinan surat makluman daripada pemaju yang menyatakan rumah siap untuk diambil kunci.

Cara Memohon Bantuan Baucer

  1. Muat turun borang permohonan Baucar eRumah Johor melalui portal pkpj.johor.gov.my atau melalui kod QR pada poster.
  2. Hantar borang lengkap beserta dokumen sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2025 ke:
    • Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, 79503 Iskandar Puteri, Johor.
INSENTIF BAUCAR RUMAH MAMPU MILIK JOHOR RM1,000

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah pemohon bujang boleh mohon?

Boleh, tetapi hanya untuk kategori rumah tertentu seperti RMMJ dan rumah kos sederhana.

Berapa lama proses kelulusan permohonan?

Kebiasaannya antara 3 hingga 12 bulan, bergantung kepada projek dan jumlah permohonan.

Bolehkah memohon walaupun sudah memiliki rumah?

Tidak layak kecuali bagi permohonan rumah kategori tertentu yang membenarkan pemilikan rumah kedua.

Bolehkah memilih unit rumah tertentu?

Tidak. Pemilihan unit dibuat oleh kerajaan berdasarkan sistem kuota dan kelayakan.

Apa berlaku jika permohonan ditolak?

Pemohon boleh membuat rayuan atau tunggu pembukaan projek baharu.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan eRumah Johor ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment