MYSTR LOGIN : SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Portal MySTR 2026 telah dibuka untuk penerima sedia ada kemaskini permohonan dan semakan status kelayakan. Selain itu juga, pemohon baharu boleh juga mengemukakan permohonan untuk penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2026.
BACA JUGA : MYSTR 2025 – SEMAKAN STATUS BAYARAN BAGI FASA 4
PENGENALAN MYSTR
STR adalah Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan sebuah bantuan kewangan yang disalurkan secara berperingkat untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
MySTR pula adalah sebuah portal rasmi yang disediakan oleh LHDN untuk penerima daftar akaun baharu, kemaskini maklumat permohonan dan semak status kelayakan atau pembayaran STR pada setiap fasa.
FUNGSI MYSTR 2026
Antara fungsi portal MySTR disediakan adalah untuk :
- Pendaftaran Akaun Pengguna Baharu :
- Semua pengguna perlu mendaftar akaun baharu walaupun pernah mempunyai akaun STR sebelum ini.
 
 - Permohonan Baharu / Kemaskini STR :
- Isi maklumat diri, pasangan, anak dan pendapatan terkini supaya dapat terima bantuan dengan jumlah yang tepat.
 
 - Semakan status :
- Status kelayakan, status bayaran dan jumlah bayaran boleh disemak.
 
 - Muat Turun Surat Makluman dan Panduan :
- Makluman terkini dan panduan-panduan boleh dimuat turun melalui Portal MySTR.
 
 
PAUTAN MYSTR LOGIN
Berikut merupakan pautan rasmi Laman Utama MySTR dan Laman Login :
| JENIS LAMAN | PAUTAN | 
|---|---|
| Laman utama MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ | 
| Laman login MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login | 
CARA LOGIN AKAUN MYSTR
Sebelum log masuk ke akaun MySTR, semua penerima perlu mendaftar akaun yang baharu terlebih dahulu seperti panduan berikut :
- Layari Portal Rasmi STR :
- Masuk ke laman web seperti pautan di atas.
 
 - Tutup Pop-Up Makluman Penting :
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
 
 - Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
 
 - Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
 
 - Masukkan Maklumat Asas :
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
 
 - Hantar Emel Pengesahan :
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
 
 - Semak Emel & Sahkan :
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
 
 - Cipta Kata Laluan (Password) :
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
 
 - Jawab 5 Soalan Keselamatan :
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
 
 - Lengkapkan Proses Pendaftaran :
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
 
 
CARA KEMASKINI PERMOHONAN MYSTR
Bagi penerima yang ingin mengemas kini permohonan STR yang baharu, ikuti panduan berikut :
- Log Masuk akaun baru STR 2026 :
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
 
 - Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Permohonan”.
 
 - Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
 
 - Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
 
 - Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
 
 - Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
 
 - Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.
 
 
SEMAKAN STATUS MYSTR
Status kelayakan penerima untuk penerimaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak terus melalui laman rasmi MySTR 2026 seperti berikut :
- Layari Laman Login MySTR :
- Klik pada pautan login di atas.
 
 - Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan ruangan dengan nombor kad pengenalan anda.
 
 - Semak nombor kad pengenalan :
- Klik pada butang [Semak].
 
 - Kata Kunci Keselamat :
- Sekiranya kata kunci keselamatan yang dipaparkan betul, klik “Ya”.
 
 - Kata laluan yang tepat :
- Isikan kata laluan yang anda telah daftarkan dengan tepat.
 
 - Log Masuk ke akaun MySTR :
- Sekiranya berjaya log masuk, Dashboard pemohon akan dipaparkan.
 
 - Terus ke bahagian “Semakan Status” :
- Klik pada butang “Semakan Permohonan”.
 
 - Status kelayakan penerima :
- Sekiranya layak, status penerima akan dipaparkan “Lulus”.
 
 
SOALAN LAZIM MYSTR
- Adakah permohonan STR 2026 telah dibuka?
- Permohonan STR 2026 untuk fasa 1 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
 
 
- Adakah penerima STR sedia ada perlu memohon kembali untuk terima bantuan 2026?
- Tidak, penerima sedia ada hanya perlu mendaftar akaun yang baharu dan kemaskini maklumat permohonan sahaja.
 
 
- Berapakan jumlah Bantuan STR 2026 untuk kategori bujang?
- Kategori bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun hanya akan terima Bantuan SARA sahaja sebanyak RM600 setahun.
 
 
- Bagaimanakah cara terima bayaran Bantuan STR 2026?
- Bayaran Bantuan STR 2026 akan diberikan secara tunai di kaunter BSN dan melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.
 
 
- Berapakah jumlah Bantuan STR 2026 yang paling maksimum?
- Kategori isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,500 dengan bilangan anak 5 orang dan ke atas layak terima bayaran maksimum sebanyak RM2,200.
 
 
MAKLUMAT LANJUT
Semua Kandungan maklumat dalam artikel ini adalah panduan Bantuan STR 2026 ini dikongsikan bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui :
- Laman Web Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
 - Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
 - Email :[email protected]