MYSTR 2025 – SEMAKAN STATUS BAYARAN BAGI FASA 4
Dapatkan maklumat terkini mengenai kadar bantuan, semakan status penerima dan tarikh pembayaran rasmi STR Fasa 4 tahun 2025.

Artikel ini bertujuan untuk memberikan penerangan yang lengkap dan jelas tentang bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan terus daripada kerajaan Malaysia untuk golongan B40 dan M40. Tujuannya adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
STR diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Jumlah bantuan yang diterima bergantung pada kategori penerima, seperti isi rumah, warga emas, individu bujang, dan bilangan anak tanggungan.
Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.
“Cara daftar akaun MySTR 2026 boleh didapati di sini – Cara mendaftar akaun MySTR 2026.”
Syarat Kelayakan Penerima STR 2025
Berikut ialah syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 :
- Isi Rumah : pasangan, ibu/bapa tunggal dengan anak, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
- Bujang/Individu : individu tunggal tanpa tanggungan, berumur 21–59 tahun (atau OKU 19–59 tahun) dengan pendapatan ≤ RM2,500.
- Warga Emas Tanpa Pasangan : individu berumur ≥ 60 tahun, tanpa pasangan atau anak tanggungan, dan pendapatan ≤ RM5,000.
Kaedah Pembayaran Bantuan STR
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah seperti berikut :
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
PENTING : Sebelum ke kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi STR untuk memastikan layak menuntut tunai.
Tarikh & Jumlah Bayaran STR 2025
Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : 12 Ogos 2025
- Fasa 4 : 18 Oktober 2025

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR bagi tahun 2025 :
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Kebawah
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | RM1,000 | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM1,500 | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
| 3 – 4 Anak | RM2,000 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
| 5 dan keatas | RM2,500 | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | RM500 | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
| 1 – 2 Anak | RM750 | RM200 | RM150 | RM200 | RM200 |
| 3 – 4 Anak | RM1,000 | RM250 | RM200 | RM250 | RM250 |
| 5 Anak keatas | RM1,250 | RM300 | RM250 | RM300 | RM350 |
Kategori Bujang / Warga Emas Tanpa Pasangan
| Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|
| RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
Cara Semakan Status STR 2025
Semakan status STR boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log Masuk ke MySTR :
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.



Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, semua maklumat asal BKM sudah ada dalam akaun MySTR.
Oleh itu, untuk log masuk ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam portal BKM dahulu.
Log masuk MySTR memerlukan No. MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Berikut ialah langkah-langkah yang perlu anda lakukan jika terlupa kata laluan :
- Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak“
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya“.
- Semak sama ada kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik Ya.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya“.
- Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan.”
- Anda akan menerima notifikasi penukaran ID pemohon telah berjaya.
Jika terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (anda diberi 3 percubaan), ID MySTR akan disekat dan anda boleh cuba lagi selepas 24 jam.
Untuk bantuan lanjut, hubungi LHDNM berdekatan atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan yang tersenarai dalam eKasih (miskin tegar serta miskin), anda juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.

Kadar & Kaedah Bantuan SARA 2025
SARA kepada Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih :
- Isi rumah :
- Sehingga RM2,100 setahun (kadar ditingkatkan berbanding tahun 2024).
- Bantuan akan dikreditkan ke MyKad penerima, boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih MyKasih seluruh negara.
- Bermula Januari-Mac 2025: RM100 sebulan; mulai April 2025: RM200 sebulan.
SARA kepada Penerima Lain STR 2025 (bukan miskin/miskin tegar) :
- Isi rumah :
- Sehingga RM900 setahun (RM100 sebulan mulai April), warga emas bujang hingga RM450 setahun.
- Bujang Miskin/Miskin Tegar (21-59 tahun) :
- Terima RM600 setahun (RM50 sebulan mulai Januari 2025).
SOALAN LAZIM (FAQ)
Sekiranya tiada akaun bank, anda boleh memilih untuk menerima pembayaran secara tunai di kaunter BSN.
Ya, individu bujang berpendapatan ≤RM2,500 atau OKU berumur 19–59 tahun layak menerima RM600 setahun.
Anda boleh membuat rayuan melalui portal STR dengan menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Tidak. Semakan hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi Bantuan Tunai.
Anda boleh menuntut tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad.
KESIMPULAN
Gabungan STR dan Bantuan SARA MyKasih membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Bantuan ini bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi juga memastikan wang tersebut digunakan untuk membeli keperluan harian.
Maklumat & Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline STR : 03-8882 4565/03-8883 4566
- Emel ::[email protected]