MYKAD RM100 BARANG APA : SEMAK SENARAI BARANGAN SARA TERKINI 2025

MYKAD RM100 BARANG APA : SEMAK SENARAI BARANGAN SARA TERKINI 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 membolehkan penerima layak guna RM100 sebulan yang dimasukkan terus ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas. Bantuan ini dilaksanakan bagi meringankan beban hidup rakyat terutamanya golongan B40 dan miskin tegar, yang terjejas dengan kenaikan kos barangan harian. Berdasarkan Belanjawan 2025, seramai 700,000 penerima SARA tersenarai dalam sistem eKasih, manakala bantuan tunai STR juga diperluas kepada golongan M40. Dengan hanya menggunakan MyKad, penerima boleh menebus pelbagai barang penting di lebih 4100 pasar raya atau kedai terpilih tanpa perlu keluarkan duit tunai.

Jadi, barang apa yang boleh di beli menggunakan bantuan MyKad RM100? Ikuti artikel ini untuk info yang lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAK STATUS BANTUAN TERKINI DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Kalau nak dapatkan bantuan MyKad RM100, ada beberapa syarat penting yang perlu dipenuhi. Jom semak sama ada anda layak atau tidak mengikut kriteria di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN MYKAD RM100

Tarikh bayaran bantuan dalam MyKad dikreditkan pada setiap awal bulan untuk bantuan bulanan dan untuk Sara tambahan One-Off bayaran dibuat pada 31 Ogos 2025.

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025
  • Penerima Sara One-Off (Tambahan):
    • 31 Ogos 2025

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

Melalui program SARA MyKasih, bantuan MyKad RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima tanpa tunai, dengan nilai yang berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual berikut memperincikan jumlah bantuan mengikut kategori:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100 SARA UNTUK SEMUA

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

CARA GUNA BANTUAN MYKAD RM100

Penerima bantuan boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan MyKasih yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

  1. Pilih Barang Keperluan
    • Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    • Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    • Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    • Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    • Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BANTUAN MYKAD RM100 SEMAKAN

Terdapat dua platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak status bantuan MyKad RM100 secara atas talian. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

LOGIN BANTUAN MYKAD RM100 SEMAKAN
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN BANTUAN MYKAD RM100 SEMAKAN
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

SENARAI LOKASI RAKAN NIAGA MYKASIH

Penerima bantuan MyKad RM100 dibenarkan membeli barangan di kedai atau pasar raya rakan niaga MyKasih yang terdekat, seperti contoh yang disenaraikan di bawah.

  • Pasar Raya Besar / Nasional:
    • Mydin
    • Econsave
    • Lotus’s
    • Giant
    • AEON Big
    • The Store
    • 99 Speedmart
    • TF Value Mart
    • Billion
  • Pasar Mini / Runcit / Lain-lain:
    • KK Super Mart
    • BS Freshmart
    • Pasaraya Fresh Grocer
    • Sakan
    • U Sentral Market
    • Pasaraya Top Ten
    • Hi Way Mart
    • Super Seven

NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini.

MYKAD RM100 BARANG APA

Mulai 1 Mei 2025, produk kebersihan rumah telah diluluskan, menjadikan jumlah keseluruhan barangan asas yang boleh dibeli oleh penerima bantuan MyKad RM100 sebanyak 14 kategori. Jadual di bawah menunjukkan kategori barangan beserta contoh jenama bagi memberi gambaran lebih jelas:

MYKAD RM100 BARANG APA
KATEGORI BARANGANCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
BARANGAN KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso

RUJUKAN

Panduan bagi MyKad RM100 Barang Apa ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment