CEK STR FASA 4 : SEMAK STATUS BAYARAN BAGI FASA AKHIR 2025

CEK STR FASA 4 : SEMAK STATUS BAYARAN BAGI FASA AKHIR 2025

Fasa 4 merupakan fasa terakhir pembayaran STR 2025, dan menjadi detik penting bagi penerima yang menantikan bantuan tunai kerajaan. Bayaran bagi Fasa 4 ini disalurkan terus ke akaun penerima yang layak seperti tersenarai di portal MySTR. Artikel ini akan bantu anda cek status bayaran, tarikh kemasukan duit dan jumlah keseluruhan bantuan STR Fasa 4.

Teruskan membaca untuk panduan lengkap berkaitan Cek STR Fasa 4 tahun 2025.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?

Bagi memastikan ketelusan dalam agihan STR, kerajaan menetapkan beberapa syarat kelayakan berdasarkan kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas dan bujang. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Penting: Kelayakan pemohon bujang terhad kepada individu 21 tahun ke atas yang tidak lagi menuntut di IPT. Jika masih belajar (termasuk OKU 19+), mereka dikira sebagai tanggungan isi rumah.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN?

STR Fasa 4 2025 telah dikreditkan lebih awal bermula 18 Oktober 2025 seperti diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2026. Cek jadual di bawah yang menunjukkan perincian tarikh bagi Fasa 4 dan fasa bantuan STR sebelumnya:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4Penerima Sedia Ada : 18 OKTOBER 2025 (secara berperingkat)
Penerima Tunai Tiada Akaun : Mulai 21 OKTOBER 2025
Penerima Baru & Rayuan : Mulai 13 NOVEMBER 2025
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH STR FASA 4 YANG DISALURKAN?

Jumlah bayaran STR Fasa 4 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima, iaitu dari RM150 hingga RM700. Sila cek jadual berikut untuk maklumat lanjut bagi jumlah bayaran STR Fasa 4:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?

STR Fasa 4 akan diagihkan mengikut kategori penerima, sama ada melalui kredit akaun bank atau bayaran tunai di cawangan BSN. Butirannya adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CEK STR FASA 4

Cara cek STR Fasa 4 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR. Daftar akaun baru MySTR bagi memastikan maklumat penerima adalah yang terkini sebelum membuat semakan status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah-langkah lengkap cek STR Fasa 4:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
CEK STR FASA 4

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan cek status STR Fasa 4 secara online.
CEK STR FASA 4

SOALAN LAZIM (FAQ) CEK STR FASA 4

Adakah penerima baharu boleh terima bayaran Fasa 4?

Tidak. Bayaran Fasa 4 hanya untuk penerima yang telah diluluskan sebelum tarikh pengumuman.

Boleh semak guna MyKad?

Tidak secara langsung. Semakan perlu dibuat melalui portal MySTR dengan nombor IC dan kata laluan.

Apa perlu dibuat kalau nama tiada dalam senarai penerima Fasa 4?

Boleh buat rayuan STR 2026 apabila dibuka, bagi membolehkan semakan semula kelayakan.

Boleh semak status STR tanpa log masuk?

Tidak boleh. Semakan mesti melalui akaun MySTR bagi tujuan keselamatan data penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Cek STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment