BANTUAN SARAWAK PAY 2025: SEMAK KELAYAKAN DAN CARA MOHON
Kerajaan Negeri Sarawak tampil dengan satu inisiatif bermakna pemberian bantuan Wang Saku sebanyak RM1,200 kepada pelajar IPT melalui platform Sarawak Pay 2025. Dalam Belanjawan Sarawak 2025, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan inisiatif ini. Jumlah ini dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 25,000 pelajar Sarawak yang menuntut di IPT dalam negara
Semak maklumat lanjut untuk kelayakan dan cara mohoan bantuan.
BACA JUGA: Permohonan Bantuan Perubatan
APA ITU BANTUAN SARAWAK PAY 2025?
Bantuan Sarawak Pay 2025 adalah pemberian wang saku kepada pelajar Sarawak yang layak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang diiktiraf. Ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar universiti yang sering berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Selain yuran pengajian, pelajar juga perlu menanggung kos lain seperti penginapan, makanan, pengangkutan, buku dan keperluan akademik lain.
APAKAH SYARAT BANTUAN SARAWAK PAY 2025?
Untuk memastikan bantuan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kerajaan negeri Sarawak telah menetapkan beberapa syarat kelayakan:
- Pelajar Sarawak
- Bantuan ini hanya diberikan kepada pelajar yang merupakan anak kelahiran Sarawak atau mempunyai status pemastautin tetap di negeri ini.
- Sedang Melanjutkan Pengajian di IPT Malaysia
- Penerima mestilah sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Pendapatan Isi Rumah Rendah
- Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah, khususnya yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau kurang sebulan.
- Pendaftaran Sepenuh Masa
- Pelajar yang layak mestilah mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan bukan dalam program separuh masa atau pembelajaran jarak jauh.
CARA BAYARAN BANTUAN SARAWAK PAY
Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan ini melalui platform e-dompet S Pay Global iaitu sebuah aplikasi pembayaran digital yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Kaedah ini dipilih bagi memastikan proses pengagihan dana lebih cekap, selamat, dan mudah diakses oleh penerima.
Bantuan ini akan disalurkan dalam dua (2) fasa sepanjang tahun akademik, di mana pelajar akan menerima RM600 pada setiap semester. Ini membolehkan pelajar menggunakan wang tersebut untuk menampung keperluan harian mereka seperti makanan, bahan pembelajaran dan pengangkutan.
BAGAIMAN CARA MOHON BANTUAN SARAWAK PAY 2025?
Pelajar yang layak boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak. Proses permohonan melibatkan langkah-langkah berikut:
- Pendaftaran Akaun – Pelajar perlu mendaftar akaun di portal rasmi MEITD.
- Pengisian Maklumat Peribadi – Pemohon perlu mengisi maklumat peribadi termasuk butiran akademik, status kewangan keluarga dan dokumen sokongan.
- Penghantaran Dokumen – Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen penting seperti kad pengenalan, surat tawaran IPT, penyata pendapatan ibu bapa dan penyata bank.
- Semakan dan Kelulusan – Pihak kerajaan akan menilai permohonan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan sebelum meluluskan bantuan.
- Penerimaan Dana – Setelah diluluskan, wang bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun S Pay Global pelajar.
*Pelajar digalakkan untuk mengemukakan permohonan seawal mungkin selepas sistem dibuka bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam menerima bantuan.
Reaksi Pelajar dan Ibu Bapa
Inisiatif ini telah mendapat sambutan positif dalam kalangan pelajar dan ibu bapa. Ramai yang menyatakan bahawa bantuan ini akan membantu meringankan beban perbelanjaan harian, terutamanya bagi mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.
“Bantuan ini membolehkan saya membeli bahan pembelajaran tambahan tanpa perlu terlalu bergantung kepada ibu bapa.” – Pelajar universiti, Rinai
“Wang saku ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan kewangan keluarga, terutamanya bagi ibu bapa seperti saya yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang sedang belajar di universiti.” – Bapa pelajar, En. Andau
Rujukan
Maklumat bagi Bantuan Sarawak Pay 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sarawak untuk pelajar. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://www.sarawak.gov.my
- Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD): https://meitd.sarawak.gov.my
- S Pay Global: https://spay.sarawak.gov.my
Sya nak minta bantuan
Saya nak minta bantuan macam nana nsk mohon Sarawak pay