BANTUAN KEWANGAN PELAJAR IPT SARAWAK (BKK)

BANTUAN PELAJAR IPT SARAWAK : DIBUKA! BANTUAN KEWANGAN RM1200 SETAHUN

Khabar baik buat semua anak jati Sarawak yang kini sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)! Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah membuka permohonan bagi Bantuan Khas Kewangan (BKK) Pelajar IPT Sarawak 2025 bermula 1 Mei 2025, dengan jumlah bantuan RM1,200 setahun.

Baca Juga: Semak Status Sumbangan Keperluan Asas Rakyat Sarawak 2025

PENGENALAN

Bantuan Khas Kewangan Pelajar IPT Sarawak adalah bantuan berbentuk tunai berjumlah RM1,200 setahun dan melalui dua fasa, bertujuan membantu pelajar menampung perbelanjaan asas semasa pengajian. Bantuan ini diberikan kepada pelajar IPTA dan IPTS yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Sebelum membuat permohonan, penting untuk semak dahulu kelayakan yang ditetapkan untuk pelajar yang layak:

1) Anak Jati Sarawak

  • Pemohon mestilah anak jati Sarawak atau setidaknya ibu bapa atau penjaga adalah warga Sarawak.

2) Sedang Mengikuti Pengajian Sepenuh Masa

  • Pemohon mestilah sedang dalam pengajian sepenuh masa Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3) Pengesahan dari pihak IPT

  • Mendapat pengesahan maklumat pelajar dari pihak IPT berhubung perkara 1 dan 2 di atas.

PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR IPT SARAWAK

Permohonan untuk bantuan dibuka pada dua fasa, sila remark tarikh supaya tidak terlepas:

  • Fasa pertama permohonan: Bermula 1 Mei 2025 Hingga 1 Jun 2025
  • Fasa kedua permohonan : Dijangka bermula pada September 2025

Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Daftar Akaun Sarawak ID

    Layari (https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/signup/) untuk mendaftar sebagai pengguna baru dan lengkapkan maklumat.
    Pendaftaran Sarawak ID

  2. Daftar Akaun S Pay Global

    Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play atau App Store dan daftar akaun e-wallet anda.

  3. Mohon Melalui Portal MyYayasan

    1) Akses portal rasmi Yayasan Sarawak di (https://myys.yayasansarawak.org.my/)
    2) Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID
    3) Klik pada menu Bantuan Kewangan Khas
    4) Lengkapkan semua maklumat yang diminta

  4. Hantar Permohonan

    – Setelah semua dokumen lengkap dan disahkan, klik Submit.
    – Semak status permohonan secara berkala di portal MyYayasan

Bantuan sebanyak RM600 bagi setiap semester akan disalurkan melalui akaun (S Pay Global) pelajar. Untuk pelajar yang berada di luar Sarawak (contohnya menuntut di Semenanjung Malaysia atau Sabah), anda masih boleh menggunakan S Pay Global melalui pembayaran QR DuitNow.

KESIMPULAN

Bantuan Khas Kewangan RM1,200 setahun ini adalah peluang terbaik untuk meringankan beban pelajar IPT anak Sarawak. Dengan proses permohonan yang mudah dan sistem pembayaran yang efisien, amat rugi jika anda terlepas peluang dan perlu menunggu untuk permohonan fasa ke 2 dibuka.

Sediakan dokumen anda sekarang dan mohon segera mulai 1 Mei 2025!

PENAFIAN

Maklumat dalam artikel ini ditulis untuk memudahkah carian dan panduan permohonan berdasarkan sumber rasmi yang tersedia pada tarikh artikel ini diterbitkan. Penulis tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan atau Yayasan Sarawak secara rasmi. Segala perubahan tarikh, syarat atau kaedah permohonan adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada pihak berwajib.

Sila rujuk laman web rasmi Yayasan Sarawak di https://myys.yayasansarawak.org.my/ atau menghubungi terus pejabat Yayasan Sarawak bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *