BANTUAN 100 MYKAD SEMAKAN : SEMAK STATUS PENERIMA SARA 2025

BANTUAN 100 MYKAD SEMAKAN : SEMAK STATUS PENERIMA SARA 2025

Kerajaan meneruskan inisiatif bantuan bersasar melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Bantuan SARA ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas bernilai RM100 setiap bulan melalui MyKad. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah utama dalam Belanjawan 2025, yang memperuntukkan sejumlah besar dana bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam menghadapi tekanan ekonomi. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu keluarga yang memerlukan dalam mendapatkan barangan asas secara konsisten. Dengan pendekatan tanpa tunai ini, kerajaan memastikan bantuan digunakan secara berhemah dan terus kepada tujuan asal.

Semakan status kelayakan penerima bantuan 100 MyKad boleh dilakukan secara dalam talian bagi memudahkan rakyat menyemak hak masing-masing. Artikel ini akan menghuraikan langkah semakan status bantuan SARA melalui MyKad bagi tahun 2025.

BACA JUGA: CHECK STATUS KELAYAKAN TERKINI MYSARA 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 100 MYKAD

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan 100 MyKad. Berikut adalah senarai syarat tersebut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN 100

Pembayaran bantuan 100 MyKad disusun mengikut kategori kelayakan penerima dengan tarikh yang berlainan, seperti dijelaskan di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

Melalui program MyKasih, bantuan 100 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara tanpa tunai, dengan nilai yang berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual berikut memperincikan jumlah bantuan mengikut kategori:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*TERKINI SARA UNTUK SEMUA BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF

CARA GUNA BANTUAN 100

Sebagai panduan, penerima bantuan 100 boleh merujuk langkah-langkah berikut untuk menggunakan bantuan MyKasih yang telah dikreditkan ke MyKad secara tanpa tunai:

CARA GUNA BANTUAN
  1. Pilih Barang Keperluan
    • Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    • Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    • Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    • Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    • Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BANTUAN 100 MYKAD SEMAKAN

Untuk mengetahui kelayakan atau status bantuan 100 dalam MyKad, penerima boleh membuat semakan online menerusi dua laman rasmi yang telah disediakan. Berikut ialah langkah-langkah lengkapnya:

SEMAKAN BANTUAN 100 MELALUI PORTAL STR

LOGIN BANTUAN 100 MYKAD SEMAKAN
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN BANTUAN 100 MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN BANTUAN 100 MYKAD SEMAKAN
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan 100 MyKad Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment