PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA (2026) PELAJAR IPT NEGERI SEMBILAN

PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA (2026) PELAJAR IPT NEGERI SEMBILAN

Nak sambung belajar tapi tak ada laptop memang mencabar lagi-lagi zaman semua serba digital sekarang. Sebab itu, Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026 hadir sebagai penyelamat untuk pelajar IPT yang memerlukan. Inisiatif ini membantu meringankan beban kewangan keluarga B40 agar pembelajaran lebih lancar tanpa halangan.

Kalau anda anak Negeri Sembilan, ini peluang yang tak patut dilepaskan. Semak kelayakan dan buat permohonan Bantuan Komputer Riba.

BACA JUGA: BANTUAN IHSAN KOMPUTER (BAIK) SABAH 2026

BANTUAN KOMPUTER RIBA NEGERI SEMBILAN 2026

Bantuan Komputer Riba ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) bagi membantu pelajar IPT dalam kalangan B40 dan asnaf. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk:

  • Memudahkan proses pembelajaran digital
  • Mengurangkan beban kos pembelian peranti
  • Menyokong pembelajaran atas talian

Program ini terbuka kepada pelajar IPTA, Politeknik dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) yang layak.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA YNS

Berikut syarat utama yang perlu dipenuhi:

  • Pemohon atau ahli keluarga belum pernah terima bantuan laptop YNS
  • Anak kelahiran Negeri Sembilan ATAU menetap & bersekolah di NS sekurang-kurangnya 6 tahun
  • Alamat tetap di Negeri Sembilan (ikut MyKad)
  • Pelajar IPTA / Politeknik / ITQAN sepenuh masa (Diploma & Ijazah sahaja)
  • Pelajar tahun akhir TIDAK layak
  • Hanya 1 pemohon setiap keluarga dibenarkan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 (kategori B40)
  • Ibu bapa penerima STR layak memohon
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA YNS

APA DOKUMEN PERLU DISEDIAKAN?

Sediakan dokumen berikut sebelum memohon:

👉 Semua dokumen mesti disahkan terlebih dahulu sebelum dihantar.

  • Borang Pemastautin Negeri Sembilan (YNS 1/B) wajib disahkan oleh:
    • ADUN / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK
  • Borang Pengesahan Belajar (YNS 2/A) perlu disahkan oleh pihak IPT

PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA

Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal rasmi Yayasan Negeri Sembilan. Langkah ringkas:

  1. Layari laman rasmi YNS
  2. Daftar akaun menggunakan emel aktif
  3. Isi maklumat peribadi & akademik
  4. Muat naik dokumen sokongan lengkap
  5. Semak semula permohonan
  6. Hantar permohonan
  • Penting:
    • Permohonan Bantuan Komputer Riba tidak lengkap akan ditolak
    • Hanya permohonan yang memenuhi syarat akan diproses

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah pelajar IPTS layak memohon?

Tidak. Bantuan ini hanya untuk IPTA, Politeknik dan ITQAN sahaja.

Boleh mohon jika sedang semester akhir?

Tidak boleh. Pelajar tahun akhir tidak layak.

Jika adik-beradik sama-sama belajar, boleh dua-dua mohon?

Tidak. Hanya seorang sahaja dalam satu keluarga dibenarkan.

Boleh mohon tanpa slip gaji ibu bapa?

Perlu ada pengesahan pendapatan jika tiada slip gaji rasmi.

Bila keputusan permohonan Bantuan Komputer Riba diumumkan?

Tarikh bergantung kepada pengumuman rasmi YNS.

Jika tersilap isi maklumat, boleh kemaskini?

Bergantung pada sistem biasanya sebelum hantar sahaja boleh ubah.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Bantuan Komputer Riba ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan Negeri Sembilan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN (SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN)
  • Di Talian : 06-7628046 / 7628048
  • Alamat Emel :[email protected]
    • (Maklumat Emel : 1.Nama Pemohon , 2.No.Kad Pengenalan , 3.No.Telefon , 4.Sebab/Masalah/Pertanyaan)

Leave a Comment